Berita Harian

UMNO perlu menyerang, tangkis fitnah media sosial

Sudah sampai masa ahli bangkit nyata pendirian, ketepi persepsi negatif: Zahid

- Oleh Adha Ghazali, Suzalina Halid dan Muhammad Mustakim Ramli

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan UMNO perlu memulakan strategi menyerang untuk menegakkan kebenaran, khususnya melalui laman sosial, yang kini menjadi medium penyebaran fitnah terhadap parti.

Naib Presiden UMNO itu berkata, parti tidak perlu lagi terlalu bersifat bertahan menangani segala fitnah dan tohmahan, berikutan 87 peratus rakyat negara ini membaca serta aktif dalam media sosial dan hanya 13 peratus sahaja bergantung kepada media tradisiona­l.

Timbalan Perdana Menteri mengakui pengaruh media sosial kini cenderung dikuasai pembangkan­g dan kini sudah tiba masanya untuk ahli UMNO pula menyatakan pendirian dan mengetepik­an persepsi negatif yang dilemparka­n terhadap parti melalui saluran kemudahan berkenaan.

“Yang aktif di media sosial ialah puak sana (pembangkan­g), tetapi yang mempertaha­nkan kita hanya 13 peratus sahaja. Kita mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang pertahanka­n kita dan menegakkan kebenaran.

“Bagaimanap­un kita minta rakan di media sosial dan Biro Teknologi Maklumat UMNO untuk bangkit dan bukan hanya bertahan kerana ketika ini kita perlu serang bagi membina kepercayaa­n.

Inilah ketikanya kita nak nyatakan pendirian, selain mengenepik­an persepsi negatif terhadap parti kita,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Terap di sini, semalam.

Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena pula, Ahmad Zahid mengingatk­an semua ahli dan pemimpin supaya tidak menjadikan UMNO sebagai platform seakan-akan bursa saham bagi menjana ‘ghanimah’ atau pulangan peribadi.

Ketepi budaya negatif

Beliau dalam masa sama mengingatk­an supaya ahli dan pemimpin UMNO mengetepik­an budaya negatif lama seperti sifat suka mendengar serta mewujudkan khabar angin, selain suka mengata, memfitnah dan menghasut, sebagai usaha menyucikan parti demi meneruskan kelangsung­an dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Walaupun sistem demokrasi mengizinka­n pertanding­an, jangan pula jadikannya sebab untuk wujudkan perpecahan dalam parti. Penyakit lama dalam UMNO harus dikikis kalau mahu parti menang dan cemerlang dengan memastikan semua ahli dan pemimpin bersatu hati dan melupakan perbezaan yang wujud demi parti.

“Paling penting jangan jadikan organisasi politik sebagai alat ‘ghanimah’ kerana ia berisiko mengundang kehancuran. Kalau soal peribadi diberi keutamaan dan ‘ghanimah’ jadi tumpuan, kehancuran itu kita yang tempah sendiri,” katanya.

Kematangan, perpaduan Kangar

Di pula, Ahmad Zahid menegaskan, UMNO perlu terus memperkasa parti dengan kematangan dan perpaduan sebagai kubu bagi menangkis serangan dan ujian mendatang.

“Dalam UMNO, kita punya prinsip yang mana ‘kandang’ dan ‘reban’ politik kita jaga. Apabila kita jaga reban, ayam dan kambing tak terlepas walaupun singa atau musang ada di luar kandang.

“Ini lumrah yang setiap lima atau 10 tahun parti kita akan diuji. Dengan menjaga reban atau kandang, ia bererti kita memperkasa­kan kekuatan kepemimpin­an, bukan saja pada peringkat atasan, tetapi juga di tengah dan akar umbi,” katanya.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta ahli perwakilan melaungkan kata-kata semangat selepas majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Terap, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Ahmad Zahid bersama Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta ahli perwakilan melaungkan kata-kata semangat selepas majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Terap, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia