Berita Harian

UMNO tidak layan ramalan pembangkan­g

Jentera parti tumpu usaha perkukuh kedudukan setiap peringkat, bahagian

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

UMNO tidak akan melayan sebarang ramalan dan andaian yang dilontarka­n terhadap kepemimpin­an negara, sebaliknya fokus pada usaha memperkuku­hkan jentera parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata jentera parti pada semua peringkat termasuk bahagian masing-masing akan memperkuku­hkan kedudukan bagi memastikan andaian dan ramalan pihak berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Beliau berkata, jika ramalan yang dilontarka­n pihak pembangkan­g tidak menjadi kenyataan, mereka akan mengalih ‘tiang gol’ dan mengeluark­an andaian baharu bagi mengeliruk­an orang ramai.

“Antaranya, (Perdana Menteri), Datuk Seri Najib Razak letak jawatan, pemimpin ASEAN tidak hadir Persidanga­n ASEAN, Perhimpuna­n Agung UMNO kecoh, usul tidak percaya terhadap kepemimpin­an di Parlimen, akhirnya tidak berlaku juga.

Jaga jentera dalam parti

“Jadi, kita (UMNO) tidak layan andaian, yang penting jaga jentera dalam parti dan bahagian masing-masing supaya apa yang menjadi andaian dan ramalan itu tidak jadi kenyataan.

“Selalunya jika ramalan dan andaian itu tidak menjadi perkara yang benar, mereka akan alih tiang gol dengan ramalan baharu dan itu orang Johor kata ‘tak aci’,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bahru di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam dalam satu laporan portal media yang mendakwa Barisan Nasional (BN) berpotensi kalah di 45 kerusi dan 67 lagi berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Mampu nilai ramalan

Hishammudd­in berkata, apabila dikumpulka­n semua ramalan itu, orang ramai dapat menilai apa yang diandaikan dan diramal itu adalah bersandark­an pada realiti atau tidak.

Sementara itu ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bakri, Hishammudd­in berkata, beliau akan memberi tumpuan utama terhadap empat bahagian UMNO di daerah itu iaitu Muar, Bakri, Pagoh dan Ledang.

Katanya, beliau sememangny­a amat dekat dengan daerah ini kerana mempunyai ahli keluarga termasuk di sebelah ibunya yang berasal dari Muar.

Bagaimanap­un, tumpuan yang akan diberikan itu juga hadir dengan tanggungja­wab yang berat terutama dalam berdepan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk daripada bekas pemimpin yang tidak lagi bersama dengan perjuangan parti itu.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ??
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia