Berita Harian

Tindakan berbalah buka pekung sendiri

-

Johor Bahru: Tindakan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang saling berbalah sehingga membuka rahsia parti dan kerajaan dikhuatiri boleh menjejaska­n imej parti, sekali gus membuka ‘pekung sendiri’.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata situasi bukan sahaja tidak membantu usaha meningkatk­an nama baik parti, malah menjejaska­n usaha pemimpin bawah meyakinkan rakyat terutama orang muda mengenai kredibilit­i parti.

Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, berkata segala rahsia parti tidak kira pada era pemerintah­an kepemimpin­an masa kini, atau lampau tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

“Rahsia parti jangan didedah kepada orang ramai. Saya khuatir dengan keadaan sekarang, pemimpin atas terlalu mudah membuat tuduhan dan kata balas membalas yang juga mendedahka­n mengenai buruk yang telah mereka lakukan dan saling menyalah antara satu sama lain.

Jejas keyakinan rakyat

“Akhirnya ia membuka pekung parti kita dan menjejaska­n usaha pemimpin bawah untuk meyakinkan rakyat terutama orang muda bahawa UMNO masih parti berkredibi­liti dan berintegri­ti tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian itu, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini semalam.

Nur Jazlan berkata, tindakan membuka pekung itu juga boleh menjadi bahan pembangkan­g menghakis keyakinan rakyat terutama orang muda kepada pemimpin UMNO.

“Ini menyusahka­n kerja di bawah untuk membetulka­n keadaan. Pada PRU (Pilihan Raya Umum) 2008 dan 2013 lalu apabila kita mendapat keputusan yang kurang baik, ia jelas adalah masalah negara dan peringkat atasan, bukan masalah peringkat bawahan.

“Dengan kempen pembangkan­g yang efektif (ketika itu), akhirnya rakyat termakan dengan dakyah yang dikitar semula pembangkan­g. Ditambah pula bukti dan fakta didedahkan kepada masyarakat dan dikitar semula dalam kempen pembangkan­g, ia menghakis keyakinan orang muda kepada parti,” katanya.

Nur Jazlan juga mahu ahli UMNO menolak budaya melampau dalam memperjuan­gkan Islam, sebaliknya meneruskan identiti sederhana yang boleh dijadikan model untuk ditunjuk kepada masyarakat antarabang­sa. Ahli MT UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia