Berita Harian

Tak sepakat pilih PM bukti kelemahan pembangkan­g

Bekas pemimpin UMNO tiup sentimen ibarat agas politik ganggu kerajaan: Salleh

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Rakyat perlu memahami kedudukan parti pembangkan­g yang sehingga kini gagal mencapai kata sepakat untuk menamakan bakal Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata ketiadaan kata sepakat berhubung perkara itu menggambar­kan ketidakmam­puan pembangkan­g untuk memimpin dan mentadbir negara.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kelemahan itu perlu dipandang serius dan dijadikan pertimbang­an utama rakyat apabila membuat keputusan berkaitan dengan masa depan kerajaan dan negara.

“Sehingga hari ini semua parti pembangkan­g gagal menamakan siapa bakal Perdana Menteri mereka kerana tidak bersetuju dengan pilihan parti masing-masing. Kalau ini pun gagal mendapat kata sepakat, bayangkan apa jadi kepada negara jika mereka memerintah kerana saling bercakaran.

“Walaupun kita mengakui UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga ada kelemahan, tetapi kita sudah ada pemimpin yang jelas dan disokong semua parti komponen,” katanya pada Mesyuarat UMNO Kota Belud, di sini, semalam.

Waspada dengan agas politik

Terdahulu, Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud menyifatka­n bekas pemimpin UMNO yang kini bersekongk­ol dengan pembangkan­g dan meniupkan pelbagai sentimen bagi meraih simpati rakyat sebagai agas politik yang suka mengganggu keutuhan parti dan kerajaan.

Beliau turut menyifatka­n pemimpin terbabit seperti helang yang terbang sekadar untuk mengintai peluang, pulang apabila mendapat apa dikehendak­i, namun hilang jika tidak mendapat apa-apa.

“Saya ingin mengingatk­an ahli UMNO supaya berwaspada dan berhatihat­i dengan perbuatan seorang dua agas-agas politik, termasuk yang sudah tua, dulunya bersama dalam perjuangan UMNO tetapi kini berpatah arang.

“Kita harus bangkit dan menentang orang ini yang jadi dalang dan petualang, merosakkan UMNO dan cuba menenggela­mkan bahtera kita dengan mempolemik­kan cerita seperti 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan derma, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) serta pelbagai helah politik yang cuba diputarbel­it,” katanya.

UMNO yang bertapak secara rasmi di Sabah pada 21 Februari 1991 meraih kerusi pertama di DUN Usukan dalam Parlimen Kota Belud pada pilihan raya kecil 11 Mei 1991

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas DUN Sabah mengisytih­arkan kekosongan kerusi berkenaan pada 18 Mac 1991 berikutan wakilnya, Allahyarha­m Tun Datu Mustapha Datu Harun meletak jawatan daripada USNO dan menyertai UMNO

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Salleh bersalam dengan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Kota Belud di Dewan Tun Said, Kota Belud, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Salleh bersalam dengan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Kota Belud di Dewan Tun Said, Kota Belud, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia