Berita Harian

Ahli UMNO Pahang diminta sokong pelan Biro Keahlian

-

Pekan: Semua ahli UMNO Pahang perlu menyokong dan melaksanak­an pelan dirangka Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO bagi menambah seramai mungkin ahli sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pelan kendalian biro diterajui Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu dilihat sangat realistik dan boleh dicapai dengan kerjasama baik daripada semua pihak.

“Kita kena pastikan setiap tindakan dan pendekatan yang diambil perlu kena dengan kemahuan rakyat... ini penting kerana kita mahu menangi hati mereka.

Terus bantu rakyat

“Ini penting kerana melalui kemenangan sahaja kita dapat terus bantu rakyat... boleh beri khidmat kepada rakyat,” katanya pada Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvokesye­n Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

Persidanga­n dirasmikan Ketua UMNO Bahagian yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Ketua UMNO Pekan, Datuk Abu Bakar Harun.

Adnan yang juga Menteri Besar Pahang turut menasihatk­an ahli UMNO untuk tidak terlalu terpengaru­h dengan perkembang­an baharu dalam politik kerana perselisih­an faham dalam politik adalah perkara biasa.

“Dalam politik mesti ada kemelut, kelam kabut dan perebutan. Sejak dahulu lagi kita perhatikan perkara ini, namun dahulu kita tidak pernah melihat orang menggunaka­n kelemahan peribadi untuk menghentam sebaliknya semua atas isu politik.

“Sekarang ini, benda yang tidak ada pun boleh diadakan-adakan. Tapi yang penting adalah kita bersabar dan ini yang akan membawa kejayaan kepada parti kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia