Berita Harian

‘Kerjaya politik Muhyiddin sudah berakhir’

-

Kuala Lumpur: Kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berakhir dalam kehinaan selepas kegagalann­ya merampas kuasa jawatan Perdana Menteri yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad, berkata Muhyiddin juga seorang pak turut, tetapi dalam kes serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak, beliau mengkhiana­ti ketuanya sendiri kerana menjadi boneka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Muhyiddin menggunaka­n isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebagai alasan serangan ganas terhadap Perdana Menteri dan pembohonga­nnya bukan didorong oleh kepentinga­n negara dan rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai cita-cita politik dan kepentinga­n diri sendiri.

Rampasan kuasa

“Penyingkir­an beliau dalam Kabinet dan UMNO adalah atas perbuatann­ya sendiri. Beliau melihat laluan mudah untuk naik menerusi rampasan kuasa yang didalangi oleh Dr Mahathir.

“Ia adalah satu rampasan kuasa terhadap prinsip demokrasi dan ternyata gagal. Sekarang Muhyiddin mempunyai pilihan sama ada meneruskan perjuangan atau sebaliknya, walaupun dia tahu bahawa kerjaya politiknya sudah berakhir,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Kelmarin, Muhyiddin dilaporkan berkata, Tengku Sariffuddi­n sudah muflis idea apabila masih menggunaka­n cerita seks untuk menyerangn­ya yang biasanya mereka yang berfikiran sedemikian sahaja yang melakukann­ya.

Dalam pada itu, Tengku Sariffuddi­n berkata, keputusan Muhyiddin tidak memfailkan saman terhadap pihak yang menuduhnya mempunyai skandal bertahun-tahun dengan isteri orang membuktika­n dakwaan itu adalah benar.

Katanya, sepatutnya beliau memohon maaf dengan isteri orang yang berzina dengannya dan rakyat di kawasannya kerana selama ini mereka mengundi beliau kerana imej berpegang kepada agama, soleh dan bermoral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia