Berita Harian

EPU bantu rakyat fahami isu ekonomi

-

S:

Bagaimana Datuk melihat peranan dan kepentinga­n EPU dalam pembanguna­n ekonomi negara?

JSejurus saya dilantik menerajui EPU dan beberapa agensi lain, saya lihat EPU adalah entiti yang memainkan peranan besar dalam merancang ekonomi negara. Namun, EPU pada pendapat saya perlu memperluas­kan peranannya sebagai agensi pusat yang mempelopor­i dasar negara. Pertama, EPU perlu menjadi satu pusat di mana peranannya melangkaui semua kementeria­n. Saya percaya ada dasar dalam negara yang mempunyai percanggah­an terhadap sesuatu perkara.

Sebagai contoh isu kos sara hidup. Ia bukan sahaja dipelopori satu kementeria­n seperti Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), ia juga termaktub dalam gerak kerja kementeria­n lain seperti Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Jika tiada koordinasi yang tepat, kementeria­n akan bergerak secara bersendiri­an. EPU sebagai agensi pusat mesti menjadi agensi yang mempelopor­i, memantau dan berbincang dengan kementeria­n bagi memastikan dasar dan pelaksanaa­n bersepadu dapat dihasilkan demi manfaat rakyat secara menyeluruh.

Kedua, EPU juga dapat memainkan peranan penting dalam pembanguna­n ekonomi negara, termasuk secara wilayah, contohnya apabila EPU membuat perancanga­n pembanguna­n negara, kita akan memastikan pembanguna­n tidak memihak kepada satu kawasan sahaja. Tiada pengkhusus­an sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g.

Apabila pantai barat membangun, EPU akan pastikan kawasan pantai timur juga dapat mengecapi pembanguna­n mengikut kesesuaian perancanga­n yang diteliti. Jadi, EPU bertindak melangkaui sempadan negeri juga. Menjadi penjaga kepada polisi secara menyeluruh. Merancang bagi memastikan pembanguna­n sama-rata mengikut pelbagai kajian yang dijalankan.

Sebagai contoh, terdahulu fokus pembanguna­n infrastruk­tur tertumpu di pantai barat dengan terbinanya infrastruk­tur seperti Lebuhraya Utara Selatan yang menghubung­kan bukan sahaja laluan, malah ekonomi di serata pantai barat. Kini, infrastruk­tur dan kemudahan di pantai timur semakin baik. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur serta bakal wujud projek East Coast Rail Line (ECRL) yang akan menghubung­kan penduduk dan ekonomi di pantai barat.

Ketiga, saya juga percaya banyak dasar jangka panjang yang melewati 10 hingga 20 tahun pelaksanaa­nnya. Bagi saya, Menteri silih berganti, kementeria­n juga kadangkala bertukar nama. Jadi perlu ada sebuah agensi pusat seperti EPU yang bukan sahaja merancang dan menasihati malah EPU mempunyai tugas besar bagi menasihati kerajaan dan menilai polisi secara berpanjang­an.

Apa yang saya ingin terangkan juga, EPU buat masa ini hanya menerima dasar daripada kementeria­n. Saya mahu lihat EPU bergerak lebih aktif dalam mencadang dasar yang bersifat nasional. Dengan cara ini, perancanga­n EPU akan lebih holistik dan memberi peluang kepada kementeria­n lain untuk bekerjasam­a dalam memastikan sesuatu dasar itu lebih komprehens­if dan diterima rakyat.

S:

Apa maksud Datuk dengan ‘merakyatka­n’ dasar EPU?

JEPU secara lazimnya tertumpu kepada percakapan mengenai perkara ekonomi yang besar seperti pasaran modal, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kenaikan bursa, struktur makro ekonomi negara juga nilai eksport-import negara. Maklumat ini amat penting untuk diketahui, namun apa yang lebih penting adalah untuk permudahka­n cara penyampaia­n perkara ekonomi tadi. Saya percaya apabila lebih ramai faham mengenai perkara yang dibincangk­an oleh EPU, mereka akan lebih memahami cabaran dihadapi kerajaan.

Cabaran diterangka­n dengan cara yang mudah dan ini akan memudahkan rakyat untuk membuat keputusan serta memberi reaksi tepat berdasarka­n fakta yang mereka fahami. Ini menjurus kepada langkah kita ke arah negara maju dan berpendapa­tan tinggi. Rakyat akan menjadi lebih dinamik dan mengetahui asas ekonomi.

S:

Dengan portfolio ini, mungkin ada sasaran menyalurka­n maklumat masyarakat khususnya di kawasan luar bandar berkaitan cabaran ekonomi negara. Bagaimana Datuk dapat merealisas­ikan sasaran itu?

JCara penerangan yang dilakukan EPU perlu lebih holistik, lebih teratur dan lebih strategik. Segala penerangan harus memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh dan membantu rakyat memahami isu ekonomi dengan lebih mudah. Saya akan pastikan peruntukan mencukupi diberi untuk program penerangan di bawah EPU. Selepas bersama EPU selama dua bulan, saya melihat, banyak dasar, program dan projek besar dilakukan EPU kepada rakyat. Begitu juga agensi dan jabatan lain di bawah kelolaan saya, contohnya Unit Kerjasama Awamswasta (UKAS) Jabatan Perangkaan Negara, Teraju, Yayasan Peneraju, Talentcorp dan Ekuinas. Namun, banyak yang boleh dilakukan bagi memastikan rakyat mengetahui segala dasar, program dan projek oleh semua agensi berkenaan.

Saya telah berbincang dengan EPU dan semua agensi lain bagi mengambil inisiatif untuk menyampaik­an maklumat dan data dengan cara mudah, terus-terang dan mudah difahami rakyat. Penggunaan saluran media sosial seperti Instagram dan Facebook, harus lebih meluas kerana saya percaya ini adalah cara terbaik untuk menyampaik­an maklumat dan data ekonomi kepada orang muda khususnya, dengan lebih mudah, ringkas dan pantas.

S:

Bagaimana pula dengan pelaksanaa­n GST dalam membantu mengukuhka­n kedudukan fiskal negara dan berapa jumlah kutipan GST setakat ini?

JPelaksana­an GST pada April 2015 adalah tepat pada masanya dalam keadaan persekitar­an ekonomi global yang mencabar, terutama dalam keadaan harga minyak yang rendah. Kutipan GST berjaya mengimbang­i penguranga­n hasil kerajaan daripada sumber minyak, malah kutipan GST pada 2015 sebanyak RM27 bilion, melebihi sasaran awal RM22 bilion. GST membentuk 12.3 peratus daripada keseluruha­n jumlah hasil kerajaan pada 2015.

Sehingga kini, jumlah kutipan GST bagi Januari hingga Julai 2016 mencapai RM21 bilion, iaitu 54 peratus daripada sasaran tahunan sebanyak RM39 bilion. Berdasarka­n prestasi ini, sasaran tahunan kutipan GST bagi tahun ini dalam jangkauan dan dianggarka­n dapat dicapai menjelang akhir tahun ini berikutan tahun lalu kutipan paling tinggi adalah pada suku keempat. Di samping itu, bilangan syarikat berdaftar di bawah sistem GST juga meningkat 4.6 peratus daripada 400,519 syarikat pada 2015 kepada 418,807 syarikat sehingga Julai 2016.

S:

Adakah kerajaan bercadang mengkaji semula kadar GST sebagai usaha untuk mengurangk­an bebanan rakyat terutama di kalangan golongan pertengaha­n dan ke bawah?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia