Berita Harian

Jambatan Victoria jadi warisan negara

Dijangka jadi ikon, tarikan pelancong ke Perak, Malaysia

- Oleh Balqis Jazimah Zahari

Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan dalam usaha untuk mewartakan Victoria Bridge atau Jambatan Victoria berusia 116 tahun di Enggor, Kuala Kangsar, dekat sini, sebagai warisan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata ia sejajar hasrat untuk menjadikan jambatan dengan bahan binaannya dibawa khas dari London dan dibina merintangi Sungai Perak itu sebagai ikon pelanconga­n dan tarikan utama pelancong ke Perak dan negara.

“Kita lihat faktor pelanconga­n (Victoria Bridge) sudah ada di kawasan ini. Sebelum ini, kawasan yang mempunyai tarikan dari segi fotografi memang sudah dikenali dan sering dikunjungi pelancong antarabang­sa.

“Jadi, kita akan memastikan pembanguna­n infrastruk­tur yang lebih baik akan dilakukan di sini,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Perkhidmat­an KTM Komuter Utara Padang Rengas-bukit Mertajam di Stesen KTM Padang Rengas di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak; Pengerusi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Sarbini Tijan.

Bangun kawasan sekitar

Mohamed Nazri merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, pihaknya merancang membangunk­an kawasan sekitar ikon pelanconga­n itu, termasuk kemudahan chalet dan inap desa di tepi sungai untuk kemudahan pelancong.

Katanya, pelancaran perkhidmat­an KTM Komuter Utara Padang Rengas-bukit Mertajam yang juga laluan baharu disediakan KTMB dijangka mampu merancakka­n lagi pembanguna­n ekonomi dan aktiviti sosial di Padang Rengas dan sekitarnya.

 ?? [FOTO FARHAN NAJIB/BH] ?? Jambatan Victoria sepanjang 500 meter dan berusia 116 tahun di Enggor, Kuala Kangsar, Perak.
[FOTO FARHAN NAJIB/BH] Jambatan Victoria sepanjang 500 meter dan berusia 116 tahun di Enggor, Kuala Kangsar, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia