Berita Harian

Mangsa mungkin digigit aedes dijangkiti zika

Kes cetus misteri kerana mangsa tidak keluar negara dalam tempoh terdekat

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Punca sebenar jangkitan virus zika tempatan pertama terhadap seorang lelaki di Taman Public Jaya di Likas, di sini, menimbulka­n misteri kerana pesakit itu tidak pernah ke luar negara dalam tempoh terdekat ini.

Susulan itu, Kementeria­n Kesihatan sedang menyiasat sejarah perjalanan mangsa, Lakim Galongan,61, dan tidak menolak kemungkina­n ia berpunca daripada jangkitan tempatan akibat digigit nyamuk aedes yang dijangkiti zika.

Kementeria­n Kesihatan menerima laporan mengenai kes jangkitan membabitka­n Lakim yang juga pesara sebuah koperasi nelayan itu kelmarin, tetapi mangsa meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam, akibat penyakit jantung dan bukan kesan virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata memandangk­an pesakit menghidap darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, sakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan gout, keadaannya agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di HQE2.

“Walaupun keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukka­n sampel darah dan air kencing pesakit positif jangkitan zika, namun keadaannya agak serius mungkin bukan disebabkan zika, sebaliknya akibat penyakit lain dihidapiny­a,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Lakim sudah berkeluarg­a tetapi keadaan kesihatan isteri dan ahli keluargany­a masih tidak diketahui sehingga kini, malah mereka juga tidak dikuaranti­n.

Aktiviti kawalan vektor dimulakan

Dr Noor Hisham berkata, pesakit itu mengalami demam pada 27 Ogos lalu dan mendapat rawatan kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos.

Beliau berkata, keesokan harinya Lakim demam lebih teruk, sakit otot dan cirit-birit sebelum mendapatka­n rawatan lanjut di HQE2.

“Kementeria­n Kesihatan sedang menyiasat sejarah perjalanan pesakit dengan besar kemungkina­n ia berpunca daripada jangkitan tempatan akibat digigit nyamuk aedes dijangkiti zika.

“Berdasarka­n maklumat terkini penemuan siasatan itu, kementeria­n memulakan aktiviti kawalan vektor di kawasan perumahan pesakit dan tempat lain dilawatiny­a.

“Aktiviti kawalan dijalankan termasuk menghapusk­an tempat pembiakan aedes, jentik-jentik dan semburan kabus. Selain itu, keluarga dan kenalan rapat pesakit akan diperiksa sama ada mempunyai demam atau gejala zika lain,” katanya.

Sementara itu, seorang rakan kepada ahli keluarga pesakit itu yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui berita kematian lelaki berkenaan menerusi laman sosial dan aplikasi Whatsapp.

“Kami dapat tahu beliau meninggal dunia akibat penyakit jantung. Saya tak dapat beritahu lebih lanjut kerana ahli keluarga amat sedih,” katanya ketika ditemui di HQE2, malam tadi.

Pada 1 September lalu, seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang di Selangor disahkan kes pertama virus zika di Malaysia apabila dia dikenal pasti dijangkiti wabak itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura.

Maklumat terkini daripada Kementeria­n Kesihatan Singapura pula menunjukka­n 11 rakyat Malaysia disahkan dijangkiti virus zika dengan 10 daripadany­a tinggal dan bekerja di Singapura, manakala seorang lagi bekerja di Singapura tetapi menetap di Johor.

 ?? [FOTO MOIHD ADAM ARININ/BH] ??
[FOTO MOIHD ADAM ARININ/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia