Berita Harian

Kementeria­n buat ujian darah tiga sekeluarga

-

Segamat: Kementeria­n Kesihatan menjalanka­n siasatan terperinci mengenai dakwaan dalam media sosial berkenaan tiga sekeluarga di Melaka yang baru pulang dari Singapura dijangkiti virus zika.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata pihaknya akan menjalanka­n ujian darah dan air kencing sebelum membuat pengumuman lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Kita perlu tunggu keputusan ujian darah dan air kencing dulu kerana kadangkala seseorang itu hanya disyaki saja dan bukannya positif dijangkiti virus zika,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segamat yang disempurna­kan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani, di sini, semalam.

Dr Subramania­m yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, ujian darah positif belum cukup membuktika­n seseorang dijangkiti virus zika, sebaliknya perlu menjalani keduadua ujian sebelum disahkan dijangkiti virus terbabit.

Ramai rakyat kita bekerja di Singapura

Katanya, beliau tidak menolak kemungkina­n lebih banyak kes jangkitan virus zika dikesan di negara ini berikutan ramai rakyat Malaysia berkunjung atau bekerja di Singapura.

“Kerajaan Singapura sudah mengumumka­n hampir 100 rakyat negaranya dijangkiti virus zika tetapi saya rasa jumlah itu mungkin lebih kerana ada yang belum dapat dikesan.

“Jadi, peluang virus ini merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura akan pulang ke negara ini dan menjadi punca kepada virus merebak,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Subramania­m menasihati rakyat Malaysia yang berulang-alik ke negara jiran kerana bekerja atau melancong supaya sentiasa memakai baju lengan panjang bagi mengelak risiko jangkitan.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu kaedah berkesan mengelak penularan virus zika iaitu mengawal pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca virus berkenaan.

“Tugas mengawal pembiakan nyamuk aedes dan penularan virus zika bukan tanggungja­wab kementeria­n serta pihak berkuasa saja, sebaliknya semua pihak termasuk pemilik rumah dan persatuan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia