Berita Harian

Wanita 34 tahun mangsa terbaru denggi

-

“Mangsa yang juga seorang peniaga mengalami simptom seperti demam dan muntah-muntah selama empat hari, sebelum dimasukkan ke Hospital Besut pada 31 Ogos dan dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kira-kira jam 11 malam, sehari kemudian.

Rosak teruk organ dalaman

“Bagaimanap­un, mangsa akhirnya meninggal dunia selepas mengalami kejutan disebabkan kerosakan teruk organ dalaman kerana lewat mendapat rawatan,” katanya selepas melancarka­n Program Gegar 10,000 Langkah dan Kayuhan Merdeka Peringkat Negeri Terengganu, di Taman Awam Batu Buruk, di sini, semalam.

Seramai 2,000 peserta menyertai program itu yang dijalankan serentak di tujuh daerah lain di seluruh negeri.

Mohamad berkata, beliau kesal dengan sikap masyarakat yang masih mengabaika­n aspek kebersihan persekitar­an dan lewat mendapatka­n rawatan sehingga menyebabka­n kematian, walaupun sering dinasihatk­an.

Katanya, kes denggi di negeri ini meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus menyebabka­n kes kematian yang amat membimbang­kan.

“Sehingga Khamis lalu, sebanyak 1,714 kes demam denggi dengan 15 kematian dilaporkan di negeri ini berbanding 754 kes demam denggi dan tiga kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

“Justeru, kita amat berharap perkara ini diambil serius kerana denggi sebenarnya lebih berbahaya daripada virus zika yang turut menjadi ancaman pada masa ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia