Berita Harian

WHO puji cara Singapura tangani penularan zika

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji cara Singapura mengendali­kan penularan virus zika di republik itu dan menyifatka­n ia sebagai ‘model contoh’.

Ketua Bahagian Penularan Wabak dan Kecemasan WHO, Peter Salama, berkata sejak pengesahan kes pertama zika di Singapura, banyak kerja makmal dilakukan dalam tempoh singkat, selain usaha kesihatan awam, termasuk kawalan vektor dilakukan serta susulan terperinci seperti analisis kes di negara itu.

“Kita perlu mengucapka­n tahniah kepada ketelusan dan kepantasan dilakukan Kerajaan Singapura dalam kes penularan ini dan berharap negara lain boleh melakukan perkara sama,” katanya.

Sehingga kelmarin, 189 kes pemindahan zika disahkan di Singapura.

Pengerusi Jawatankua­sa WHO, David Heymann, berkata republik itu dijangka melengkapk­an susunan jenis virus berkenaan dalam penularan minggu depan.

Bakal umum penemuan

“Mereka (Singapura) menyusun jenis dan kemudian mendapatka­n perbanding­an normal yang ada pada jenis ini dengan jenis lain untuk dipastikan sebelum membuat pengumuman mereka tahu apa yang dihadapi,” katanya.

Sementara itu, di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menambah dua lagi kawasan pemberian borang aktiviti saringan virus zika di pintu masuk ke negeri itu, iaitu di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah dan pondok imigresen ke Pulau Tioman, Rompin, mulai kelmarin.

Sebelum ini, borang itu hanya diedarkan di Pelabuhan Kuantan awal minggu ini berikutan kes penularan zika di Singapura dan terbaru di Klang, Selangor, Rabu lalu.

Pengarah JKNP, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pihaknya meminta semua pihak yang menerima borang itu mengemukak­an kembali

Kuantan,

kepada Unit Survelan bagi memudahkan pemantauan.

“Bagi memudahkan pemantauan, kami menerima beberapa peralatan baharu membabitka­n peruntukan RM292,000 iaitu dua mesin Ultra Low Volume (ULV), empat mesin thermal, 10 mesin penyembur kabus dan 15 mesin semburan mampatan,” katanya.

Di Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohamad Omar berkata, tiada kes jangkitan zika di negeri itu dan orang ramai dinasihat tidak mempercaya­i khabar angin disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

Kuala Terengganu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia