Berita Harian

Erdogan dari kaca mata rakyat Turki

-

Nilai Islamik jelas terpancar di kawasan itu yang dulunya pernah terbiar dan dijadikan tempat maksiat muda-muda. Namun segala-galanya berubah selepas Erdogan mula memegang tampuk pemerintah­an lebih 13 tahun lalu.

Saat azan Zuhur kedengaran, penulis melihat ramai anak muda dan warga emas berduyun-duyun memasuki masjid untuk berjemaah. Solat Zuhur di masjid Haci Bayram Veli penuh ibarat solat Jumaat pada tengah hari 20 Ogos lalu.

Menyatukan rakyat Turki

“Erdogan bukan hanya menyatukan umat Islam tapi menyatukan rakyat Turki,” kata seorang warga emas, 70-an.

Daripada tukang kasut hingga ke pekerja hotel lima bintang di Ankara, mereka menyatakan kebanggaan mempunyai seorang presiden yang tegas, sekalipun media barat terus memomokkan gambaran Erdogan dengan sikap autokratik.

Malangnya, media sama yang kononnya mendokong sistem demokrasi gagal membidas cubaan rampasan kuasa sekelompok tentera yang ‘khianat’ ke atas Kerajaan Turki pimpinan Erdogan yang dipilih rakyatnya melalui peti undi.

Ismail Kahraman, Speaker Parlimen Turki membidas cubaan rampasan kuasa lalu yang menyaksika­n bangunan Parlimen yang juga simbol demokrasi di Turki, turut dibedil jet pejuang F16 yang dirampas kumpulan ‘pengkhiana­t’.

“Bangunan Parlimen tidak boleh dibedil sekalipun masa perang atau masa aman,” katanya kepada lebih 60 wakil aktivis, termasuk Timbalan Setiausaha Agung UNIW, Ahmad Azam Ab Rahman yang dijemput khas ke Ankara baru-baru ini, oleh Kesatuan NGO Islam Sedunia (UNIW).

Serangan ke atas institusi demokrasi inilah yang menyatukan ahli politik kerajaan diterajui Parti AKP pimpinan Erdogan dan ahli politik pembangkan­g yang secara pantas mengutuk cubaan rampasan kuasa oleh sekelompok tentera yang didalangi Pertubuhan Pengganas Fethullah Gulen (FETO).

Jet pejuang dan helikopter dirampas pengkhiana­t turut menggugurk­an bom di Parlimen, membedil ibu pejabat polis di Ankara dan menembak orang awam selepas Jambatan Bosphorus menghubung­kan Eropah dan Asia, dikuasai.

Tidak akan mengalah

Erdogan di sebalik raut wajah yang sentiasa tenang berikrar bahawa kerajaan dan rakyat Turki tidak akan mengalah dan pihaknya menyedari niat musuh Turki menjatuhka­n kerajaan demokrasi yang dipilih 80 juta rakyat republik itu.

“Mereka hanya mahu memecahbel­ahkan Turki,” kata Erdogan yang turut menekankan bahawa sudah tiba masanya suara negara Islam ada dalam Majlis Keselamata­n PBB.

Selepas kegagalan rampasan kuasa 15 Julai lalu, musuh Erdogan mula menumpukan kepada usaha melaga-lagakan kelompok sekular dan konservati­f dalam usaha memecahbel­ahkan rakyat Turki.

Hakikatnya, rakyat Turki bukan hanya mempertaha­nkan Erdogan atau demokrasi semata-mata tetapi mereka mempertaha­nkan keyakinan mereka kepada sebaikbaik perancang iaitu Allah SWT.

 ?? [FOTO AFP] ?? Majoriti rakyat Turki menyatakan kebanggaan mempunyai presiden yang tegas seperti Erdogan.
[FOTO AFP] Majoriti rakyat Turki menyatakan kebanggaan mempunyai presiden yang tegas seperti Erdogan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia