Berita Harian

Alumni, veteran BERNAMA erat ukhuwah

Majlis ramah mesra kenang jasa bekas kakitangan bangun agensi berita terunggul negara

-

Walaupun sudah lama tidak bertemu, talian persahabat­an dan kemesraan jelas terserlah apabila buat julung kalinya seramai 200 alumni dan kakitangan veteran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) bertemu dalam satu majlis khas di Wisma BERNAMA di sini, semalam.

Ada dalam kalangan mereka mengambil masa untuk mengenali rakan seperjuang­an suatu masa dahulu kerana perubahan fizikal, tetapi mereka dilihat mesra antara satu sama lain selepas mengenali identiti masing-masing.

Majlis Ramah Mesra Veteran dan Alumni BERNAMA 2016 anjuran bersama hasil perbincang­an kakitangan dan bekas kakitangan BERNAMA, berlangsun­g penuh ukhuwah dengan mereka berkongsi pelbagai kenangan dan pengalaman sejak BERNAMA ditubuhkan pada 1968.

Kumpul alumni dari seluruh negara

Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, berkata sudah tiba masa alumni BERNAMA dikumpulka­n dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengenang jasa mereka dalam menjadikan BERNAMA agensi berita terunggul di negara ini.

“Jadi, kita kumpulkan mereka hari ini (semalam) daripada pelbagai jabatan. Walaupun masingmasi­ng sibuk, nampaknya lebih 200 alumni hadir hari ini (semalam) dan program ini berjaya dilangsung­kan,” katanya.

Beliau berkata, selepas 48 tahun ditubuhkan, program yang pertama kali diadakan itu turut mengumpulk­an warga veteran BERNAMA yang masih berkhidmat.

Antara alumni yang hadir ialah wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin; bekas Timbalan Menteri Penerangan, Pengerusi BERNAMA Tan Sri Khalid Yunus; bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan bekas Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Ahmad Rejal Arbee.

Yang turut hadir, Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh; Ketua Pengarang, Datuk Zakaria Abd Wahab; Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri, Datuk Mokhtar Hussain dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah.

 ?? [FOTO BERNAMA ] ?? Sebahagian alumni dan kakitangan veteran BERNAMA berkumpul pada majlis ramah mesra di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA ] Sebahagian alumni dan kakitangan veteran BERNAMA berkumpul pada majlis ramah mesra di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia