Berita Harian

Kaunselor perlu kenal pasti murid bermasalah

-

Padang Terap: Kaunselor setiap sekolah seluruh negara, bertanggun­gjawab mengenal pasti semua pelajar masing-masing, yang berdepan masalah termasuk gangguan mental.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata majoritiny­a mempunyai pengkhusus­an bidang kaunseling dan psikologi, membolehka­n mereka mengenal pasti dan membantu pelajar bermasalah.

“Tugas itu lebih mudah buat kaunselor yang mempunyai akses kepada pangkalan data maklumat setiap pelajar termasuk mereka yang mempunyai masalah.

Kenal pasti pelajar bermasalah

“Mereka boleh memainkan peranan mengenal pasti pelajar bermasalah mental dan membantu merujukkan kepada pakar,” katanya selepas menghadiri perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, di sini semalam.

Perasmian persidanga­n itu disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) supaya Kementeria­n Pendidikan menyediaka­n program rawatan dan lawatan pakar psikiatri ke sekolah dalam usaha mengesan pelajar berdepan masalah kesihatan mental.

Sebelum ini, BH mendedahka­n hasil kajian Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah kendalian Kementeria­n Kesihatan mendapati dua daripada 10 pelajar mengalami gejala penyakit mental kronik.

Penemuan itu membabitka­n 30,000 pelajar disaring antara 2011 hingga 2015 oleh pegawai perubatan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan secara melawat sekolah untuk melaksanak­an saringan terhadap 6,000 pelajar setahun.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 2 September lalu.
Keratan akhbar BH 2 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia