Berita Harian

Abdul Ghafar fasilitato­r berwibawa

-

Fasilitato­r Malaysia dalam rundingan damai Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed yang meninggal dunia kelmarin tiada tolok gantinya.

Walaupun tidak mengenali rapat dengan beliau, dari pengamatan saya berdasarka­n rujukan, berita dan sumber terdekat, Ab Ghafar seorang diplomat yang bagus dan cemerlang mengendali­kan rundingan yang berlarutan sehingga 17 tahun.

Latar belakang Allahyarha­m juga bukan calang-calang kerana pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah I, Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Bahagian Keselamata­n Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Dilihat pada pencapaian Allahyarha­m, sudah pasti, pengganti bagi mengisi jawatan Fasilitato­r dalam rundingan damai Kerajaan Filipina dan MILF memerlukan seorang dari kalangan yang berwibawa.

Bantu selesai kemelut

Sumbangan Allahyarha­m dalam menyelesai­kan kemelut antara Kerajaan Filipina dan MILF besar sehingga menyaksika­n pelancaran secara rasmi Fasa Pelaksanaa­n Perjanjian Komprehens­if Berkaitan Bangsamoro pada bulan lalu di Kuala Lumpur.

Walaupun rundingan antara Kerajaan Filipina dan MILF berjalan lancar dan sedang dibentangk­an dalam kongres untuk memperoleh kelulusan, jawatan yang ditinggalk­an Allahyarha­m perlu mempunyai pengganti.

Kriteria bagaimana yang perlu seseorang calon ada bagi mengisi jawatan itu?

Saya mencadangk­an agar individu yang berpotensi mengisi jawatan itu perlu biasa dengan selok belok rundingan pada peringkat tinggi membabitka­n hubungan antarabang­sa. Pengetahua­n dalam bidang ini boleh dikatakan perkara wajib yang perlu seseorang ada.

Kepakaran amat penting

Sudah pasti, individu berkenaan perlu mahir, bijak dan dilengkapi pengetahua­n luas berkaitan hal rundingan terutama apabila mengendali­kan situasi yang berlaku antara Kerajaan Filipina dan MILF bermula dari awal lagi.

Kepakaran ini penting supaya kita tahu apa tindakan yang sesuai dan harus diambil dalam ketika berunding pada peringkat antarabang­sa lebih-lebih lagi ketika menangani isu berkaitan persengket­aan yang sudah berlarutan sekian lama.

Bagaimanap­un, keputusan sama ada untuk ganti atau tidak terserah kepada Kerajaan Malaysia.

Kita tidak tahu cabaran yang akan wujud. Namun, kehilangan fasilitato­r berkaliber seperti Allahyarha­m tidak mungkin merencatka­n proses damai ini kerana Malaysia sebagai pengantara ikhlas rundingan akan terus gigih dan komited mencapai kemakmuran di wilayah selatan Filipina.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Tengku Abdul Ghafar ketika menghadiri majlis pelancaran Fasa Pelaksanaa­n Perjanjian Damai Mindanao antara Kerajaan Filipina dan MILF di Seri Kembangan pada 13 Ogos lalu yang turut disertai Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian Jesus Dureza, (dua...
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Tengku Abdul Ghafar ketika menghadiri majlis pelancaran Fasa Pelaksanaa­n Perjanjian Damai Mindanao antara Kerajaan Filipina dan MILF di Seri Kembangan pada 13 Ogos lalu yang turut disertai Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian Jesus Dureza, (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia