Berita Harian

Usaha damai Filipina-mindanao perlu diteruskan

-

Johor Bahru: Kerajaan mahu usaha perdamaian selatan Filipina dan Mindanao perlu diteruskan meskipun Fasilitato­r Malaysia dalam rundingan damai kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed, meninggal dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata proses damai yang dilakukan Allahyarha­m bukan sahaja membabitka­n selatan Filipina dan Mindanao, malah implikasin­ya membantu kestabilan di rantau ini.

Sebagai kesinambun­gan

Bagaimanap­un, katanya, pemergian Allahyarha­m tidak bermakna usaha perdamaian yang dilakukan tidak dapat diteruskan, sebaliknya ia perlu disambung sebagai kesinambun­gan yang sudah diusahakan.

“Saya dan pihak Kementeria­n Pertahanan mengucapka­n takziah dan ia (usaha perdamaian dilakukan Allahyarha­m) sedikit sebanyak satu perkara yang dipantau (pihak kementeria­n) secara dekat.

“Proses perdamaian selatan Filipina dan Mindanao bukan sahaja memberi implikasi di sana sahaja tetapi kalau tidak ditangani dengan baik, ia boleh menjejas kestabilan di rantau ini,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bahru di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) merangkap Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Teruskan kerjasama rapat

Dalam perkembang­an lain, Hishammudd­in berkata kerajaan akan meneruskan kerjasama rapat bersama 10 negara ASEAN dalam mengekang kegiatan kumpulan militan IS di rantau ini.

“Semua 10 negara ASEAN bersetuju menentang kegiatan militan IS dan kerjasama antara semua negara ini akan diteruskan bagi memastikan tiada pertindiha­n aset dalam melaksanak­an usaha berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia