Berita Harian

Anak anggota polis korban pemandu mabuk

-

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah pikap yang dipandu lelaki mabuk di Kilometer (KM) 5.8 Lebuhraya Persekutua­n berhampira­n susur ke Kerinchi Link, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Zaifulikra­m Zulkifli Lee, 21, yang juga anak anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Perundanga­n Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superinten­dan Shafie Daud, berkata siasatan mendapati lokasi kejadian mempunyai tiga lorong dan kemalangan berlaku di laluan paling kiri dari arah pusat bandar menuju Petaling Jaya.

Dirempuh dari belakang

Katanya, pemandu pikap dipercayai gagal mengelak motosikal jenis HONDA EX5 ditunggang mangsa ketika melalui lokasi dan melanggarn­ya dari arah belakang, menyebabka­n mangsa tercampak ke tepi jalan.

“Pemandu pikap berusia 33 tahun itu ditahan untuk diambil keterangan. Ujian pengesanan pengaruh alkohol menggunaka­n alat kesan alkohol (EBA) yang dilakukan turut mendapati bacaannya adalah 193 miligram (mg), lebih 113mg daripada had dibenarkan iaitu 80mg.

“Siasatan masih diteruskan dan kenderaan milik lelaki itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) dan Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

 ??  ?? Penunggang motosikal maut dilanggar di Kilometer 5.8 Lebuh raya Persekutua­n, awal pagi semalam.
Penunggang motosikal maut dilanggar di Kilometer 5.8 Lebuh raya Persekutua­n, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia