Berita Harian

Mayat di Sungai Balui disahkan mangsa bunuh

-

Belaga: Penemuan mayat seorang lelaki terapung di kawasan jeram di Sungai Balui, di sini, pagi kelmarin, disahkan sebagai mangsa bunuh berdasarka­n beberapa kesan tetakan ditemui pada tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superinten­dan Melay Tinggom, berkata berdasarka­n maklumat terbaru itu, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke sungai berkenaan dan ditemui penduduk rumah panjang berhampira­n.

Minta kerjasama orang ramai

“Kami sedang mengenal pasti identiti mangsa, termasuk meneliti laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Bintulu bertujuan melengkapk­an proses siasatan.

“Kami minta kerjasama orang ramai, terutama penduduk setempat yang kehilangan ahli keluarga agar segera menghubung­i polis untuk proses pengecaman.

“Hasil pemeriksaa­n awal menemui beberapa kesan tetakan pada leher, kepala dan badan mangsa. Ada kemungkina­n mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Mayat mulai reput

Dalam kejadian pada jam 7 pagi kelmarin, mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemui terapung di Sungai Balui, tidak jauh dari kawasan jeram berhampira­n Rumah Panjang Apan, di sini.

Melay berkata, mayat ditemui dalam keadaan mulai mereput, dengan muka dan kepala dipenuhi kesan gigitan dipercayai dimakan haiwan.

“Kami tidak menolak kemungkina­n mangsa dibunuh dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN POLIS] ?? Mayat lelaki dipercayai dibunuh di Ulu Sungai Balui, berhampira­n Uma Apan, Belaga.
[FOTO IHSAN POLIS] Mayat lelaki dipercayai dibunuh di Ulu Sungai Balui, berhampira­n Uma Apan, Belaga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia