Berita Harian

Pengerusi SKMM terima Ijazah Kehormat MMU

Anugerah iktiraf sumbangan besar Halim dalam bidang ilmu pengetahua­n

- Oleh Samadi Ahmad

Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Ilmu Pengetahua­n pada Majlis Konvokesye­n Ke-17 Universiti Multimedia (MMU), semalam.

Anugerah itu bagi mengiktira­f sumbangan besar Halim dalam bidang ilmu pengetahua­n, khususnya pembanguna­n teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia yang turut menjana pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Hargai jasa

Ijazah berkenaan disampaika­n oleh Canselor MMU, Tun Zaki Tun Azmi pada sesi pertama konvokesye­n yang berlangsun­g tiga hari, bermula semalam, di Dewan Tun Canselor MMU, di sini.

Halim berkata, beliau tidak menyangka diberikan anugerah itu yang dilihatnya sebahagian penghargaa­n atas jasanya sepanjang memegang jawatan sebagai ahli lembaga dan Pengerusi di universiti berkenaan.

“Penganuger­ahan ijazah ini juga saya anggap antara pencapaian paling besar sepanjang pembabitan dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor MMU, Tan Sri Muhammad Radzi Mansor; Pengerusi MMU, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Presiden MMU, Prof Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq.

Pada majlis itu, seramai 4,477 graduan membabitka­n tiga kampus MMU iaitu di Cyberjaya, Melaka dan terbaharu Iskandar Puteri, Johor, menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Halim, 67, sebelum ini pernah menjadi Pengerusi MMU, bermula 2009 sehingga 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia