Berita Harian

OKU buktikan mampu kuasai ilmu kemahiran

-

Johor Bahru: Pelajar orang kurang upaya (OKU) Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Mohd Zuleizril Sapawi, membuktika­n kekurangan­nya bukan penghalang untuk meraih kejayaan apabila berjaya menerima sijil kemahiran pada Majlis Konvokesye­n Ke-19 Kumpulan Pendidikan YPJ, semalam.

Mohd Zuleizril, 19, berkata penyakit saraf yang dialami sejak lahir tidak menghalang­nya mengharung­i kepayahan menimba ilmu sehingga berjaya meletakkan dirinya sama taraf dengan pelajar lain.

“Sijil kemahiran Pentadbira­n Sistem Komputer ini menjadi langkah awal untuk dimanfaat sepenuhnya menerusi pekerjaan saya kini sebagai pembantu juruteknik di sebuah syarikat pembersiha­n, sekali gus dapat membanggak­an ahli keluarga.

Sokongan keluarga

“Cara saya belajar dan secara fizikal mungkin tidak sepantas pelajar normal, tetapi sokongan daripada keluarga terdekat dan rakan membakar semangat saya untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesye­n di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini.

Sementara itu, penerima Anugerah Pingat Emas Menteri Besar, V Haashvini, 24, berkata impiannya untuk membantu membina kediaman bagi golongan kurang berkemampu­an menerusi pembabitan dalam pertubuhan kebajikan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mendorong dirinya belajar dengan lebih bersungguh.

Katanya, prestasi cemerlang dalam Diploma Teknologi Seni Bina, Sekolah Kejurutera­an Sains Kreatif (SKSK), Kolej YPJ dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.82 itu akan dimanfaat sepenuhnya bagi memenuhi cita-cita sebagai seorang arkitek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia