Berita Harian

Azlan selesa ajar bahasa Arab di radio

-

yang penuh dengan perkataan dan ayat bahasa Arab disalin sejak 2014. Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk berkongsi ilmu bahasa Arab ini dengan orang ramai,” katanya.

Katanya, beliau mula belajar bahasa Arab ketika berusia sembilan tahun tetapi oleh kerana ketika itu tidak banyak buku belajar bahasa Arab di pasaran, beliau terpaksa menghafal setiap perkataan baru yang dipelajari­nya.

Beliau juga pernah memohon untuk melanjutka­n pengajian di Jordan namun berikutan kegawatan ekonomi pada 1998, cita-citanya belajar di negara Arab terkubur. Kegagalan itu sebaliknya menyuntik semangat meneruskan pengajian mendalami ilmu bahasa Arab di negara sendiri.

Kini berkecimpu­ng dalam bidang pendidikan, semahunya beliau ingin memastikan pelajar yang ingin mendalami ilmu bahasa Arab dapat menguasai bahasa berkenaan dengan memberi perhatian serta mendidik penuh kasih sayang.

Pelajar muda dan tua

Azlan berkata, sikap pelajar sekarang berbeza dengan ketika beliau bersekolah dahulu kerana kebanyakan pelajar mahukan perhatian terutama pelajar yang agak nakal. Justeru, beliau melayan pelajarnya seperti adik sendiri.

“Pernah satu ketika, 24 pelajar berkunjung dan tidur di rumah saya. Ketika itu Ramadan, mereka datang berbuka puasa kerana mahu mencuba masakan air tangan saya iaitu asam pedas daging. Kemudian kami solat Tarawih beramai-ramai,” katanya.

Selain mengajar bahasa Arab kepada pelajar muda, beliau turut mengendali­kan kelas bahasa Arab untuk golongan dewasa termasuk warga emas. Katanya, golongan berkenaan mempunyai semangat tinggi untuk belajar tetapi agak susah untuk menghafal perkataan.

Golongan pelajar dewasa juga lebih beradab apabila berdepan dengan guru selain memberi sepenuh perhatian di dalam kelas. Namun, ada juga yang ‘loyar buruk’ dan suka bertanya luar tajuk tetapi tetap dilayan secara berhemah.

Bagaimanap­un, pelajar dewasa selalunya takut apabila di panggil ke depan kelas untuk berbual dalam bahasa Arab. Pelajar paling tua mengikuti kelas bahasa Arab beliau berusia 70-an.

Beralih kepada kisah keluarga pula, bapa Azlan, Shaiful Baharum Abdullah, 68, adalah keturunan Cina Hakka dari Seri Kembangan, Serdang, yang memeluk Islam ketika mahu berkahwin dengan ibunya, Normah Ali, 65.

Kagum dengan bapa

Beliau kagum dengan bapanya yang mementingk­an didikan agama dan sentiasa memastikan anaknya mendapat pendidikan Islam secukupnya. Malah, bapanya cukup bertegas soal solat dan tidak teragak-agak memukul anak yang lalai atau melambatka­n solat. Beliau dibawa kali pertama menunaikan haji pada usia 16 tahun.

Azlan juga banyak belajar memasak daripada bapanya yang memang gemar memasak. Walaupun datuk nenek serta adik beradik di sebelah bapanya masih belum beragama Islam, namun hubungan mereka akrab dan saling kunjung mengunjung­i terutama pada musim perayaan.

Mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati yang dikenali sejak di bangku sekolah, Siti Munyra al Hajj Md Zaidi, 36, pasangan itu dikurniaka­n empat cahaya mata berusia antara tiga hingga 11 tahun. Isteri Azlan yang juga fasih berbahasa Arab dan bertugas sebagai guru bahasa Arab di sekolah menengah.

Menurutnya, kelebihan apabila kedua-duanya fasih berbahasa Arab ialah beliau dan isteri akan berbual menggunaka­n bahasa itu jika ingin membicarak­an perkara yang mahu dirahsiaka­n daripada pengetahua­n anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia