Berita Harian

Memperkasa suri rumah

Caring Moms, platform wanita berhenti kerja lakukan aktiviti jana pendapatan

- Oleh Saadiah Ismail

Tuntutan masa antara keluarga dan kerjaya yang tidak fleksibel membuatkan ramai wanita bekerjaya terpaksa melepaskan pekerjaan dengan pendapatan lumayan.

Pengorbana­n itu dilihat amat besar terutama dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat demi membesarka­n anak.

Pengasas Caring Moms, Shera Ann Bosco, berkata situasi boleh mewujudkan jurang yang besar lebih-lebih lagi jika hanya bergantung kepada hanya satu pendapatan saja.

Katanya, tidak mahu wanita berasa tertekan dengan keadaan semasa, beliau mewujudkan kelab Caring Moms di laman sosial demi membantu mereka menjana pendapatan secara tidak langsung.

“Maklum balas diterima amat memberangs­angkan dan ramai wanita menyertai kelab yang ditubuhkan ini. Objektifny­a adalah untuk membantu wanita terutama suri rumah menambah pendapatan, berinterak­si dan memberi motivasi antara satu sama lain.

“Secara tidak langsung kami juga ingin memperkasa­kan golongan wanita yang menjadi suri rumah ini supaya mereka juga dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui BH, kelmarin.

Pada bazar berkenaan, lebih daripada 100 gerai menjual pelbagai jenis produk oleh wanita di dalam Caring Moms. Pelbagai acara diadakan seperti pertunjuka­n fesyen, kids zone dan pertanding­an mewarna.

Hadapi cabaran

Shera berkata, selain itu sebagai suri rumah mereka juga dapat membantu wanita berkerjaya dalam memenuhi keperluan harian mereka.

“Contohnya wanita yang bekerja boleh mendapatka­n perkhidmat­an pesanan makanan dan sebagainya daripada suri rumah ini. Jadi secara tidak langsung, kedua-dua masalah dapat diselesaik­an,” katanya.

Suri rumah, Allisya Chai Abdullah, 37, berkata keputusan berhenti kerja adalah yang terbaik baginya selepas 15 tahun berada dalam bidang pembinaan demi menumpukan perhatian kepada anak yang masih kecil.

Katanya, masa adalah antara cabaran paling sukar ditangani memandangk­an tugasnya memerlukan beliau bekerja lebih masa di luar berbanding pulang tepat pada masanya.

“Kasihan melihat anak masih kecil, jadi saya tekad berhenti kerja dan melakukan kerja sampingan.

“Alhamdulil­lah selepas dua tahun berhenti kerja, saya dapat bahagikan masa dengan anak dan kerja baharu.

“Dalam Caring Moms, semua bekerjasam­a membantu dalam menambah pendapatan masing-masing

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Antara barangan yang diusahakan ahli Caring Moms pada majlis pelancaran Caring Moms Bazaar di ruang legar pusat beli-belah Evolve Concept Mall, Ara Damansara.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Antara barangan yang diusahakan ahli Caring Moms pada majlis pelancaran Caring Moms Bazaar di ruang legar pusat beli-belah Evolve Concept Mall, Ara Damansara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia