Berita Harian

Islam Karimov selamat dikebumika­n di Samarkand

-

Samarkand: Presiden Uzbekistan, Islam Karimov selamat dikebumika­n, semalam di tengah-tengah kawalan ketat selepas kematianny­a yang mencetuska­n persoalan ketika belum jelas siapa bakal menjadi penggantin­ya.

Menurut pihak berkuasa, Karimov, 78, disahkan meninggal dunia, lewat kelmarin selepas mengalami strok sejak hujung minggu lalu, susulan spekulasi kencang menyatakan ketidakten­tuan kesihatann­ya.

Justeru, satu upacara pengebumia­n untuk bekas pemimpin kuku besi yang memerintah selama 27 tahun itu diadakan di bandar kediamanny­a iaitu Samarkand. Uzbekistan akan mengadakan upacara berkabung selama tiga hari.

Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev dan Presiden bekas Soviet Union, Tajikistan dan Turkmenist­an antara orang kenamaan yang hadir di tugu peringatan di Dataran Registan Warisan Dunia UNESCO.

Televisyen tempatan Uzbekistan menyiarkan rakaman keranda Karimov dibawa keluar untuk tatapan orang ramai di dataran bersejarah dikeliling­i madrasah berkubah biru.

Rakyat berkabung

Di sebalik pemerintah­an diktator beliau, orang ramai di bandar kediaman Karimov dilihat berkabung atas pemergiann­ya dan beberapa pemuda memakai pakaian hitam.

“Apabila saya mengetahui kematianny­a, seluruh keluarga saya termasuk isteri, anak dan kanak-kanak menangis, kami seperti tidak mempercaya­inya,” kata seorang warga tempatan berusia 58 tahun yang enggan nama disiarkan.

“Ia satu kehilangan besar kepada Uzbekistan. Beliau membebaska­n negara ini dan membangunk­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia