Berita Harian

Amerika, China sepakat sertai perjanjian iklim

Obama puji kerjasama selamatkan bumi

-

Dua kuasa besar - Amerika Syarikat dan China, bersetuju menyertai perjanjian iklim Paris, semalam ketika Presiden Barack Obama memuji kerjasama itu dengan kata-kata ‘kita akhirnya membuat keputusan mahu menyelamat­kan bumi.’

Usaha oleh dua negara pencemaran utama dunia itu dianggap satu langkah gergasi bagi kepentinga­n 180 negara terbabit ketika ia menegakkan cita-cita besar bagi isu pemanasan global serta menyumbang wang besar kepada negara miskin yang berdepan iklim yang amat membimbang­kan.

Obama dan rakan sejawatann­ya, Xi Jinping menyerahka­n dokumen disahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB), Ban Kimoon yang berkata, dia kini lebih optimistik bahawa perjanjian ini akan dikuatkuas­a pada akhir tahun ini.

Pada satu majlis di Hangzhou, Obama berkata perubahan iklim akan memberi satu gambaran mengenai cabaran pada abad ini kepada seluruh dunia.

Dorong ambil langkah sama

“Sejarah bakal menunjukka­n betapa perjanjian Paris itu akhirnya akan membuktika­n sebagai satu titik peralihan dan saat kita membuat keputusan mahu menyelamat­kan planet kita,” kata Obama, semalam.

China bertanggun­gjawab kepada hampir suku daripada punca pencemaran dunia dengan AS di tempat kedua sekitar 15 peratus.

“Semoga perkembang­an ini dapat mendorong negara lain untuk mengambil langkah yang sama,” kata Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou, semalam.

Sehingga semalam, hanya 24 negara menandatan­gani perjanjian itu, termasuk Perancis dan kebanyakan negara pulau yang berdepan ancaman kenaikan paras laut, tetapi menjadi negara paling kecil terbabit dari segi pencemaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia