Berita Harian

Kereta kebal tentera Turki masuk sempadan Syria

-

Istanbul: Lebih banyak lagi kereta kebal tentera Turki dilaporkan sudah menyeberan­gi masuk ke utara Syria, semalam dari wilayah Kilis manakala pasukan meriam membedil kubu militan IS di kawasan berkenaan.

Menurut agensi berita Dogan, kenderaan bersenjata itu bergerak masuk berhampira­n kawasan sempadan di perkampung­an Cobanbey di Turki yang tidak jauh dari sebuah perkampung­an di Syria dikenali Rai.

Terdahulu, seorang jurugambar Reuters mendengar bunyi bedilan dan melihat kepulan asap naik dari kawasan sempadan di Syria.

Sementara itu, 11 askar Turki terkorban manakala 28 lagi cedera di bahagian timur dan tenggara negara itu selepas pertempura­n dengan militan Kurdis.

3 askar kritikal

Angka maut itu menyusul daripada operasi ketenteraa­n berbeza di wilayah Hakkari dan Van ketika menentang anggota daripada pertubuhan pengganas pemisah.

Kerajaan Ankara melabelkan mereka sebagai militan dari Parti Pekerja Kurdistan atau PKK. Turki, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat menganggap PKK satu pertubuhan pengganas.

Agensi Anadolu berkata tiga askar terbunuh dan 20 cedera dengan tiga dalam keadaan kritikal di Hakkari awal pagi semalam.

Kenyataan pihak Angkatan Tentera Turki pula menyebut 33 militan Kurdis terbunuh dan 30 cedera dalam operasi yang berterusan ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia