Berita Harian

Indonesia marah isu tebang, bakar hutan

Syarikat Korea Selatan dituduh langgar peraturan bakar 50,000 hektar hutan

-

Sebuah syarikat Korea Selatan dituduh menebang hutan untuk balak dan kemudian membakarny­a untuk dibersihka­n bagi penanaman sawit, tindakan yang jelas melanggar undang-undang Indonesia.

Perkara itu didedahkan oleh pertubuhan pencinta alam sekitar selepas melakukan penyiasata­n yang mendapati kaedah ‘penggunaan api untuk pembersiha­n hutan’ oleh Korindo Group PT beribu pejabat di Jakarta, menjadi antara penyumbang jerebu di Asia Tenggara ketika musim kemarau.

Korindo sudah membersihk­an lebih 50,000 hektar hutan tanah rendah untuk menanam kelapa sawit di Papua dan Maluku, dan sekurang-kurangnya 75,000 hektar akan dibakar tidak lama lagi.

Ada bukti

“Saya tidak pernah melihat bukti kukuh sebegini yang menunjukka­n sebuah syarikat sengaja melakukan pembakaran,” kata perunding kanan Aidenviron­ment Indonesia, Erik Walker.

Pelanggan utama Korindo, Wilmar Internatio­nal Ltd, memberitah­u ia sudah berhenti membeli minyak sawit daripada firma berkenaan kerana melanggar dasar ‘memelihara hutan’ syarikat itu. Sementara itu, Korindo sebaliknya menyalah penduduk tempatan yang tinggal berhampira­n kawasan konsesi balak syarikat, yang memulakan kebakaran ketika memburu haiwan liar dalam hutan.

“Tuduhan bahawa Korindo Group adalah penyumbang utama asap dan jerebu pada 2015 dan memberi kesan kepada ekonomi dan merosakkan alam sekitar di Indonesia adalah tidak benar,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataan.

Pengarah Penguat Kuasa, Kementeria­n Alam Sekitar, Muhammad Yunus berkata, pihaknya menghantar sepasukan pegawai ke Papua untuk mengumpulk­an bahan dan maklumat selepas melihat penemuan yang dibentangk­an pertubuhan itu.

Menurut undang-undang Indonesia, syarikat yang membersihk­an ladang dengan membakarny­a, boleh didenda hingga 10 bilion rupiah (RM3 juta) dan penjara 10 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia