Berita Harian

Raja Thailand dirawat akibat jangkitan kuman, paru-paru berair

-

Bangkok: Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, dirawat kerana mengalami jangkitan teruk, kata Istana Diraja dalam satu kenyataan, laporan terbaru mengenai kesihatan pemerintah yang semakin merosot itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n istana pada lewat Jumaat lalu, pemerintah berusia 88 tahun itu dipantau berikutan degupan jantung tinggi dan lendir dalam paru-paru.

Ia berkata, keputusan ujian lendir dan darah menunjukka­n jangkitan teruk, tetapi tidak mengulas lanjut.

Faktor usia

Raja Bhumibol menghabisk­an banyak masa di hospital sejak sedekad lalu, dengan kebanyakan penyakit dikaitkan dengan faktor usia tua.

Beliau tidak tampil di khalayak ramai sejak Januari lalu.

Sejak beberapa bulan lalu, pengumuman rasmi mengenai kesihatann­ya semakin kerap, tetapi fokus sempit dan teknikal tidak memberi gambaran tahap kesihatann­ya secara keseluruha­n.

Kenyataan pada Jumaat menyatakan, ujian sinar X mendedahka­n paru-parunya mengandung­i air dan dikurangka­n menerusi rawatan.

Tekanan darah rendah yang dialami dan demam semakin pulih dan pasukan perubatan beliau berterusan memantau rapi sebarang bentuk gejala.

Kesihatan Raja Bhumibol menjadi perhatian kerana dilihat sebagai tokoh paling stabil sepanjang 70 tahun beliau di atas takhta.

Anak lelakinya yang juga pewaris takhta, Putera Mahkota Vajiralong­korn, 63, tidak mendapat penghormat­an sepertinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia