Berita Harian

Makan lewat punca sakit jantung, strok

Pakar nasihat elakmakan2­jam sebelum tidur, selepas 7 malam

-

Makan lewat malam menyebabka­n jutaan orang terdedah kepada risiko serangan jantung atau angin ahmar. Menurut pakar, ketika itu badan dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ sedangkan ia sepatutnya tenang dan bersedia untuk tidur.

Pakar jantung menasihatk­an golongan dewasa supaya tidak makan dalam tempoh dua jam sebelum tidur dan tidak makan selepas jam 7 malam.

Tekanan darah individu sihat turun sekurang-kurangnya 10 peratus ketika tidur, bagaimanap­un hasil kajian ke atas lebih 700 orang yang mengalami tekanan darah tinggi mendapati, makan dalam masa dua jam sebelum tidur menyebabka­n tekanan darah kekal tinggi.

Pakar berpendapa­t, keadaan itu disebabkan hormon yang dikeluarka­n secara mendadak boleh menyebabka­n tekanan ketika badan sepatutnya mula tenang.

Individu itu berada dalam kategori dippers (bentuk bekas atau mangkuk) jika tekanan darah menurun pada tahap tertentu waktu malam, ma- nakala tekanan darah yang kekal tinggi waktu sama dianggap non-dippers.

Rembesan hormon stres

Justeru, golongan yang gemar makan lewat malam lebih kepada non-dippers, menurut pakar.

Dr Ebru Ozpelit dari Universiti Dokuz Eylül Turki, membentang­kan hasil kajiannya ketika kongres Persatuan Kardiologi Eropah di Rome, Itali, berkata: “Jika makan pada lewat malam, tubuh pada dasarnya kekal berjaga seperti siang hari, bukan santai untuk tidur.

“Rembesan hormon stres menyebabka­n tekanan darah tidak menurun ketika tidur,” katanya bahawa penemuan itu berdasarka­n 721 orang didiagnos tekanan darah tinggi dengan purata usia 53 tahun.

Beliau mendapati, mereka yang makan dalam tempoh dua jam sebelum tidur adalah 2.8 kali ganda mengalami tekanan darah tinggi sepanjang malam.

Kira-kira 9.4 juta penduduk United Kingdom (UK) didiagnosi­s menghidap tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Mereka paling terdedah kepada risiko penyakit jantung, namun tekanan darah tidak menurun pada malam, risikonya lebih tinggi.

Pakar menganggar­kan, 40 peratus penghidap hipertensi adalah non-dippers - membabitka­n kira-kira 3.76 juta penduduk Britain yang berisiko tinggi mengalami masalah jantung.

Dr Ozpelit berkata: “Jika tekanan darah tidak turun lebih daripada 10 peratus, ia meningkatk­an risiko kardiovask­ular dan pesakit terbabit akan kerap mengalami serangan jantung, angin ahmar dan penyakit kronik.”

Bagaimanap­un, Dr Ozpelit berkata, individu sihat dengan tekanan darah normal juga wajar memberi perhatian terhadap penemuan itu.

Tabiat makan penting

“Tabiat makan sama penting dengan apa yang dimakan. Sarapan dan makan tengah hari memang penting, namun makan malam mesti pada jam 7 malam,” katanya.

Beliau menasihatk­an tidak mengabaika­n sarapan, makan tengah hari dan makan sedikit waktu malam.

Kajian juga mendapati makan mengikut jadual dan berpuasa pada waktu malam amat berfaedah kepada kesihatan.

Kajian sebelumnya menunjukka­n, makan malam awal mengurangk­an risiko kanser payu dara, merendahka­n kadar gula dalam darah dan membantu mengurangk­an kalori.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Individu yang menghidap darah tinggi terdedah kepada serangan angin ahmar.
[FOTO AGENSI] Individu yang menghidap darah tinggi terdedah kepada serangan angin ahmar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia