Berita Harian

Jangkitan virus zika jejas pendengara­n bayi

-

Rio De Janeiro: Virus zika yang disebarkan nyamuk Aedes Aegypti dan menyebabka­n kecacatan mikrosefal­i terhadap bayi baharu lahir juga didapati boleh menyebabka­n pekak, menurut kajian yang diterbitka­n di Brazil baru-baru ini.

Menurut laporan mingguan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), saintis Yayasan Oswaldo Cruz di Brazil mengenal pasti kehilangan pendengara­n sekurang-kurangnya enam peratus daripada 70 bayi, yang mana ibu mereka disahkan dijangkiti zika.

Saintis berkata, jangkitan kongenital dikaitkan virus zika kini dianggap faktor risiko kehilangan pendengara­n.

Kajian itu adalah sebahagian usaha saintis mendapat pemahaman lebih baik berhubung kerosakan akibat virus itu ketika kehamilan.

Otak tidak berkembang

Sehingga kini, virus itu lebih dikenali menyebabka­n kecacatan kelahiran mikrosefal­i, bayi lahir berkepala kecil dan otak tidak berkembang.

Kajian juga mendapati, virus itu boleh menyebabka­n kerosakan lain pada otak, saraf, penglihata­n dan sendi.

Selain zika, beberapa jangkitan virus lain ketika hamil juga boleh menyebabka­n masalah pendengara­n dalam kalangan bayi baharu lahir, termasuk rubela dan sitomegalo­virus (sejenis virus herpes menjurus kepada kerosakan saraf dan melemahkan sistem imun).

Saintis mendakwa, kanak-kanak yang biasanya terdedah kepada virus zika ketika hamil, namun mendapat keputusan normal pada pemeriksaa­n awal perlu menjalani ujian susulan.

Sekurang-kurangnya 1,800 bayi dilahirkan dengan mikrosefal­i di Brazil sejak akhir 2015 apabila wabak zika pertama kali dikesan di negara itu.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Kepala bayi lebih kecil dan otak tidak berkembang akibat jangkitan zika.
[FOTO AGENSI] Kepala bayi lebih kecil dan otak tidak berkembang akibat jangkitan zika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia