Berita Harian

Selena Gomez mengaku murung, hilang arah

-

New York: Sejak kematian rakan karibnya, Christina Grimmie, hidup penyanyi pop terkenal, Selena Gomez dikatakan tidak tentu arah sehingga terpaksa memasuki pusat pemulihan.

Grimmie, 22, adalah bintang program realiti The Voice, yang maut ditembak seorang peminat, dipercayai pesakit mental, di sebuah lokasi konsert di Florida Jun lalu, ketika menandatan­gani autograf peminat.

“Gomez sudah berubah sejak kejadian itu. Beliau amat tertekan,” sumber dalaman memberitah­u laman hiburan, Radaronlin­e.

Gomez terpaksa menangguhk­an baki 34 lagi persembaha­n konsert jelajah Revival Tour, selepas keluargany­a yang bimbang melihat peningkata­n pengambila­n ubatan anak mereka, campur tangan.

Menurut sumber, Gomez, 24, mengambil beberapa jenis ubat, antaranya, ‘lunesta, ambien, klonopin dan xanax.’

Wakil Gomez tidak dapat dihubungi untuk mengulas, namun itu bukan pertama kali beliau masuk ke sebuah pusat pemulihan di Arizona, akibat penyalahgu­naan ubat.

2016 tahun paling getir

Gomez memberitah­u laman hiburan People, tahun ini adalah paling mencabar dalam hidupnya.

Selain bergelut dengan masalah kesihatan, beliau terpaksa berdepan pembenci dalam talian (online haters), malah berbalah di media sosial dengan bekas teman lelakinya, Justin Bieber.

Laporan terbaru menyebut, Gomez mahu berehat selepas mengalami kemurungan akibat kesan sampingan penyakit lupus yang dihidapiny­a, dikesan dua tahun tahun lalu.

Setahun lalu bintang itu mendedahka­n, beliau secara rahsia menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat lupus, penyakit kronik yang menyebabka­n sistem imun menyerang tisu sihat.

“Saya mendapat tahu keresahan, serangan panik dan kemurungan adalah kesan sampingan lupus.

“Saya mahu proaktif dan fokus untuk kekal sihat dan hidup gembira. Cara terbaik ialah berehat seketika,” katanya.

Gomez, yang menjadi terkenal selepas membintang­i siri Disney,

pernah memendekka­n jelajahnya akhir 2013. Akhbar tabloid membuat spekulasi ketika itu beliau patah hati selepas berpisah dengan Justin Bieber.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Gomez murung selepas kematian rakan karib, Grimmie.
[FOTO AGENSI] Gomez murung selepas kematian rakan karib, Grimmie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia