Berita Harian

Bandar lama Gua Musang kaya sejarah

Tinggalan bangunan imbau kenangan lalu

-

Meskipun masih dihantui tragedi banjir dua tahun lalu, Gua Musang bangkit semula, kini giat mempromosi­kan pelbagai lokasi tarikan menarik berkonsepk­an ekopelanco­ngan, menjadi nadi bandar terletak di bahagian selatan Kelantan itu.

Rentetan bah besar dikatakan bermula dengan limpahan air dari Sungai Ketil atau kalangan penduduk tempatan menggelarn­ya Sungai Merah. Ini berikutan warna air seperti teh susu, seluruh bandar lama Gua Musang tenggelam termasuk stesen kereta api dan pekan kecil sekitarnya.

Rahmat di sebaliknya, stesen kereta api berkenaan yang tidak lagi berfungsi kini menjadi sebahagian tinggalan sejarah menjadi tumpuan pelancong untuk mengenali pekan lama selain mengenang nostalgia tempat itu.

Pemandu pelancong, Bukhari Mat atau lebih mesra disapa Bob, berkata banjir melumpuhka­n pekan lama itu menyebabka­n unit pejabat dan kediaman kakitangan di stesen itu terpaksa dikosongka­n.

Namun, segelintir kereta api kargo masih beroperasi, selain troli digunakan khusus menyelengg­ara dan melakukan pemeriksaa­n berjadual sepanjang landasan berkenaan.

Mercu tanda bangunan lama

‘Suatu ketika dahulu, kereta api menjadi pengangkut­an utama ke pusat bandar. Tempat ini menarik kerana dipenuhi bangunan lama.

“Ada perancanga­n menambah dan membina bangunan baharu, bagaimanap­un, pembinaann­ya wajib mematuhi seni bina bangunan sedia ada,“katanya.

Selain bersiar-siar sambil mengabadik­an gambar kenangan di landasan, mengamati seni bina klasik bangunan rumah kedai serta gelagat penghuniny­a, pelancong berpeluang meneruskan penerokaan di bukit batu kapur terletak di seberang landasan.

Bukit batu kapur kaya stalaktit dan stalakmit, gua setinggi 100 meter menyediaka­n cabaran pendakian sebaik melangkah masuk di muka guanya yang kecil dan sempit. Ada cerun tegak tanpa sebarang pokok untuk berpaut selain pengunjung perlu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia