Berita Harian

Menaiki gondola menyusuri terusan

-

perjalanan diteruskan ke kota yang terkenal dengan seni bina dan lukisan yang mengagumka­n, iaitu Florence. Ia juga terkenal sebagai pusat beli belah yang menawarkan harga murah berbanding bandar lain di Itali.

Barangan kulit dan berlian antara barangan jualan terkenal ditawarkan di sana. Ponte Vecchio, Piazzale Michelange­lo, Florence Cathedral,

Uffizi Galery dan Museo dell’opera del Duomo adalah sebahagian daripada tempat tarikan yang sempat dilawati.

Kami juga sempat singgah di gedung beli-belah terkemuka di Florence iaitu The

Mall, terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar Florence. Di sini pelbagai jenama barangan mewah boleh didapati dengan harga yang murah.

Perjalanan lebih tiga jam dari Florence menghala ke utara Itali adalah sesuatu yang sangat berbaloi kerana pelancong dijamu dengan pemandanga­n yang cantik.

Venice adalah bandar yang hanya menggunaka­n air sebagai sistem pengangkut­an utama.

Bas air, teksi air, bot persendiri­an dan juga gondola kelihatan sibuk disepanjan­g terusan utamanya iaitu Canal Grande.

Tidak sah ke Venice sekiranya tidak menaiki gondola untuk menyusuri terusan kecil bagi menghayati keindahan seni bina bangunan di sepanjang terusan tersebut. Ponte di Rialto adalah antara daya tarikan utama di Venice kerana jambatan itu menghubung­kan dua kawasan penempatan utama iaitu San Marco dan San Polo.

Kota cinta romantik

St. Mark’s Square pula adalah dataran yang paling popular di San Marco, manakala Basilica dei Frari adalah tempat kunjungan paling popular di San Polo.

Verona, kota yang terletak di utara Itali. Ia terletak dalam daerah Veneto iaitu sebuah kota yang terkenal sebagai tempat bermulanya kisah cinta romantik terhebat Western Culture di antara Romeo dan Juliet seperti yang diadaptasi­kan dalam karya William Shakespear­e .

Melawat ke Casa di Giulietta atau Rumah Juliet adalah sesuatu yang mesti dilakukan di sini. Walaupun ramai pengunjung yang mengunjung­i rumah tersebut, kesempatan menerokai keseluruha­n bahagian dalam rumah dan berada di beranda atau Juliet Balcony tidak di lepaskan.

Kota beli-belah

Kemudian lawatan diteruskan ke Verona Arena iaitu sebuah colosseum yang dibina pada kurun pertama dan ia masih digunakan sehingga kini bagi acara seperti persembaha­n muzik dan opera berskala besar.

Bandar terakhir yang dilawati adalah kota metropolit­an bagi rekaan fesyen popular. Ia juga kota beli belah paling di terusan terkenal di Venice. terkenal yang menawarkan barangan fesyen, hotel serta restoran mewah dan berkualiti tinggi. Tempat menarik paling popular dalam kalangan pelancong adalah di Piazza del Doumo di mana terdapatny­a

Milan Cathedral yang reka bentuknya bercirikan Gothic, Royal Palace of Milan dan salah satu gedung beli-belah mewah dan tertua di dunia yang bercirikan reka bentuk bumbung gelas, adalah Galleria Vittorio Emanuelle II.

Keseluruha­nnya Itali adalah negara yang menarik untuk dilawati mengambil kira kesan peninggala­n sejarah Roman yang pernah menguasai dunia suatu masa dahulu dan ia dapat dilihat dengan jelas seperti di Rome, keindahan Kota Air seperti di Venice, kemeriahan Kota Seni di Florence, keromantik­an Kota Cinta di Verona dan kemegahan Kota Fesyen dan pusat belibelah mewah di Milan.

 ??  ?? Bersiar-siar
Bersiar-siar
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Rumah Juliet di Verona yang memberikan inspirasi kepada William Shakespear­e untuk menghasilk­an kisah cinta Romeo dan Juliet.
Rumah Juliet di Verona yang memberikan inspirasi kepada William Shakespear­e untuk menghasilk­an kisah cinta Romeo dan Juliet.
 ??  ?? Bersama keluarga di hadapan runtuhan bangunan Coliseum.
Bersama keluarga di hadapan runtuhan bangunan Coliseum.
 ??  ?? Deretan gondola di terusan Venice.
Deretan gondola di terusan Venice.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia