Berita Harian

Mimpi Surealis Salvador Dali

-

Semuanya bermula dengan satu pertanyaan. “Sedarkah kau kita ini semuanya kotak?” Yang ditanya tak dapat menjawab.

“Kita terlahir dalam kitaran kotak-kotak. Kita berada di antara satu kotak dan kotak yang lain. Konsep perkotakan ini membuatkan kita selalu terhimpit antara dua keadaan yang telah terkotak. Secara sedar, kita telah mengotakka­n ruang kita. Kau tahu kenapa Picasso mencipta aliran kubisme? Kerana hidup adalah sebuah kotak yang berpetak-petak.”

Pencerita itu menarik nafas dalam-dalam, seolaholah dia kehilangan nafas ketika bercakap tadi.

“Kau tahu macam mana cara untuk tidak menjadi kotak?” Tanyanya beberapa saat kemudian.

Yang ditanya menggeleng.

“Dengan cara menjadikan mimpi kau bukan sebagai mimpi. Mimpi tidak dibatasi waktu dan ruang. Mimpi adalah transdimen­si yang membebaska­n kita dari kongkongan sistem kotak,” jawab si penanya pada pertanyaan­nya sendiri.

“Aku tahu cara untuk masuk ke dalam mimpi orang lain. Aku boleh masuk ke dalam mimpi kau sebagaiman­a kau boleh masuk ke dalam mimpi aku,” tuturnya lagi dengan mata yakin.

“Melalui apa?” Lelaki bernama Ahab yang sejak tadi disoal-tanya, tercengang sedikit.

“Melalui pintu rahsia.” Lelaki itu menjawab cepat. “Mimpi adalah aktiviti di bawah sedar orang yang sedang tidur. Kita memang boleh menyusup ke dalam mimpi orang.”

“Caranya?” Tanya

Ahab dengan kepala sedikit terteleng.

“Setiap pintu tentulah ada kuncinya,” sahut lelaki itu, tersenyum.

“Apa kuncinya?” Ahab semakin tidak sabar. Di luar, cuaca panas sedang membakar pohon-pohon, gedung-gedung dan orangorang di jalan. Bayangbaya­ng jadi meleding.

Pembicara tadi senyap sekejap. Dahinya bergaris. Sepi bertangkup dengan kesibukan di luar yang hiruk-pikuk.

“Kuncinya ialah kunci,” kata lelaki itu seakan bersenda.

Ahab tidak tahu di mana dia kenal lelaki itu. Sedar-sedar dia sudah berada di situ.

“Ajar aku masuk ke dalam mimpi.” Pinta

Ahab dengan suara yang sedikit tergagap.

Lelaki itu memandang Ahab lekat-lekat.

“Pernah kau alami mimpi yang yang kau sedar?”

“Aku tak pasti.” Ahab menjawab ragu.

“Sebahagian besar dari kita tak sedar di saat kita bermimpi. Bagaimana untuk membuat kita sedar dalam mimpi?” Lelaki itu memancing pertanyaan lagi. “Pernah kau dengar tentang meraga sukma?” “Tak pernah.”

“Aku akan ajar kau untuk meraga sukma. Aku

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia