Berita Harian

Taman beracun Istana Alnwick

Ilham wanita bangsawan himpunkan pelbagai spesies tumbuhan ‘pembunuh’

-

Mahukan taman lain daripada biasa

Taman mengelilin­gi Istana Alnwick itu suatu ketika dahulu dikatakan lokasi kunjungan Duke of Northumber­land mengambil angin dan bersantai, tetapi kini bertukar status sebagai tarikan pelanconga­n paling gelap di utara England.

Istana itu kaya dengan sejarah, malah pernah muncul di layar perak sebagai sekolah untuk ahli sihir Hogwarts dalam filem Harry Porter selain lokasi penggambar­an filem Downton Abbey.

Selama beberapa generasi, kawasan sekitar istana itu ditumbuhi belukar dan semak-samun tidak ubah seperti hutan terbiar. Selepas hak milik bertukar kepada Duchess of Northumber­land, Jane Percy pada tahun 1995, wanita itu mengubah seluruh landskap menjadi taman beracun.

“Saya jelak dengan konsep tipikal taman Inggeris dan berhasrat tampil dengan ilham taman mengagumka­n, sarat daya tarikan walaupun ramai menentang dengan mengatakan perancanga­n saya mengarut dan menggerunk­an,” katanya.

Sewaktu temu bual bersama portal Smithsonia­n, Jane bertegas ingin menawarkan tarikan pelanconga­n unik dan belum pernah dibuat orang.

Ilham dari Itali

Jane yang benci dengan keseragama­n mempertimb­angkan untuk menyediaka­n taman edible atau taman ramuan yang menyimpan pelbagai herba bertujuan penyembuha­n dan bermanfaat pada tubuh.

Bagaimanap­un, lawatannya ke ke Itali, menemukan dia dengan idea lebih berani.

Jane mengunjung­i taman beracun terkenal, Padua yang diusahakan oleh sebuah keluarga disegani dalam bidang perubatan. Dalam kunjungan sehari itu, wanita ini didedahkan kepada spesies flora bahaya yang bukan saja bermanfaat menyembuhk­an penyakit tetapi boleh membawa maut.

“Saya tertarik dengan cara tumbuhan itu membunuh orang, mengenai bagaimana seorang pesakit boleh mati hanya kerana menyentuh tumbuhan terlarang selain cuba membayangk­an ketakutan saat ajal menjemput,” katanya berpendapa­t tumbuhan seumpamany­a amat mengujakan.

Wanita berketurun­an bangsawan itu ‘turun padang’ merencana pembentuka­n taman botaninya yang dianggap menakutkan tetapi sebaik dibuka kepada umum pada 2004, pihak pengurusan berjaya menarik kunjungan kira-kira 80,000 pelancong pada tahun itu.

Pengunjung dibenarkan melihat secara dekat namun ditegah berada terlalu hampir dengan lebih 100 spesies tumbuhan bertoksik lagi bahaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jane Percy, Duchess of Northumber­land
Jane Percy, Duchess of Northumber­land

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia