Berita Harian

Wajib pakai sarung tangan

-

tumbuhan hanya ditemui dalam laporan penyelidik­an sains dan rekod sejarah, namun ada juga disebut dalam hikayat legenda dan mitos.

Cerita selalunya berkisar kepada kisah tidak enak dan menyeramka­n.

Bagi pokok yang diisytihar­kan berbahaya, pelancong diwajibkan memakai sarung tangan selain mengambil langkah berjaga-jaga sewaktu melewati kawasan berkenaan.

Sesetengah tumbuhan diberikan tempat kekal dalam sangkar, manakala keseluruha­n taman dikawal ketat 24 jam. Tumbuhan yang dikenali sebagai foxgloves, atropa belladonna dikenali sebagai bayangan maut dan hemlock yang membunuh ahli falsafah, Socrates disenaraik­an paling membawa maut.

Sementara, sebutir biji benih Ricinus communis berupaya merosak dan melumpuhka­n organ dalaman, manakala nux vomica didakwa sumber racun perosak strychnine.

Tiada yang tidak memudaratk­an ditanam di situ termasuk putik bunga bakung turut bertindak sebagai ‘ejen’ pembunuh.

Tidak boleh sentuh, bau dan rasa

Menurut Jane, sesetengah pelancong berdegil membawa pulang daun laurel sebagai cenderamat­a, malangnya didapati terlelap ketika memandu akibat terhidu aroma beracun dibebaskan daun berkenaan.

Justeru, pengunjung Taman Alnwick diingatkan supaya tidak menyentuh, menghidu apatah lagi mencium tumbuhan yang ada di situ.

“Ada yang menganggap larangan tidak mencium pokok di sini sebagai terlalu dramatik. Banyak perkara buruk dilaporkan akibat kedegilan mereka,” katanya kepada The Telegraph, UK.

Tambahnya, spesies datura mengeluark­an racun luar biasa seperti afrodisiak yang membawa bencana. Kedua-dua spesies pokok ini dapat dilihat di mana-mana di taman itu.

“Di Argentina, ibu bapa mempunyai anak yang masih bayi meletakkan bunga datura di bawah bantal anak mereka. Selepas lima minit bayi tidur nyenyak, daun itu akan dikeluarka­n. Padah maut menanti sekiranya daun itu lambat atau lupa dikeluarka­n,” katanya.

Gadis zaman Victoria duduk mengelilin­gi meja yang diletakkan bunga datura di tengahnya.

Sambil bermain terup dan menikmati teh, mereka terlebih dahulu menutup permukaan cawan dengan kelopak datura sebelum mengetuk-ngetuk halus sehingga debunganya jatuh ke dalam cawan. Ia memberi kesan seperti pil khayal.

Jane mempunyai lesen menanam ganja, kokain dan candu tetapi menegaskan kebenaran itu bertujuan memberi pendidikan kepada generasi muda supaya menjauhi dadah.

“Saya fikir, sekiranya anakanak muda ini dimaklumka­n mengenai bahaya penyalahgu­naan dadah hingga membawa maut, mereka tidak berani mencubanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Cantik namun bahaya, pengunjung di tegah mencium dan menyentuh tanaman yang disifatkan memudaratk­an.
Cantik namun bahaya, pengunjung di tegah mencium dan menyentuh tanaman yang disifatkan memudaratk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia