Berita Harian

Tenang, mendamaika­n

Kedatangan tetamu terhad untuk kekal privasi Pulau Rawa

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Pzubir_yunus@bh.com.my

ulau Rawa memang resort yang terlalu eksklusif dan privasi, sekali gus hanya menerima tetamu dalam kalangan VIP saja.

Itulah tanggapan awal penulis. Lagipun sewa untuk bermalam di chalet pulau ini memang untuk mereka yang berkemampu­an.

Ini mungkin disebabkan Pulau Rawa dianggap aset persendiri­an, hanya menerima tetamu dalam kalangan pengunjung tertentu saja.

Namun, peribahasa Melayu menyebut, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki penulis apabila kerajaan negeri Johor baru-baru ini, mengundang sekumpulan media dari Kuala Lumpur berkunjung

Pulau Rawa adalah sebahagian Taman Laut Sultan Iskandar

dalam gugusan kepulauan Mersing.

Taman Laut Sultan Iskandar

yang menampilka­n pesona

Pulau Rawa, Pulau Tengah dan Pulau Besar sangat berpotensi untuk dibangunka­n setaraf ke Pulau Rawa, sekali gus merasai pengalaman percutian mewah di resort pulau berkenaan.

Terbuka untuk semua golongan

Apa yang jelas, Rawa Island Resort bukan dikhaskan kepada tetamu VIP atau individu berkeduduk­an tinggi, sebaliknya terbuka kepada sesiapa saja yang meminati kehidupan marin dan mencintai keindahan alam semula jadi.

Aktiviti air seperti menyelam snorkel adalah sesuatu yang wajib. Kejernihan air laut bak kristal yang disinari mentari, kehalusan pasir pantai yang memutih umpama tepung dan keindahan terumbu karang berwarna-warni sehingga menjadi habitat ribuan ikan dan hidupan marin, menjadikan

Pulau Rawa begitu mempesona Maldives, sekali gus dinobatkan destinasi pelanconga­n dunia.

Gugusan kepulauan Mersing dikategori­kan sebagai zon tarikan marin dan pulau berkualiti tinggi apabila berpotensi dibangunka­n sebagai destinasi pelanconga­n serantau yang berkepenti­ngan global. dan mendamaika­n.

Sekumpulan pelancong dilihat bersiap sedia berjalan ke tengah laut untuk selam skuba. Kehijauan dan kejernihan air lautnya 100 peratus sehingga ke dasar, dikeliling­i lautan karang, chalet air Rawa Island Resort begitu memukau pemandanga­n.

Harga berpatutan, bilik sentiasa penuh

Pengurus Residen Rawa Island Resort, Tom Ong berkata, resort berkenaan mengalu-alukan kehadiran pengunjung yang mencari privasi dalam percutian mereka.

“Rawa Island Resort bukan untuk golongan VIP semata-mata seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya ia adalah pulau fantasi kepada sesiapa saja!

“Namun, kami tidak menerima kunjungan tetamu dalam bilangan yang terlalu ramai kerana ingin memastikan suasana privasi kepada pengunjung lain.

“Pulau Rawa adalah destinasi terbaik untuk menikmati masa berkualiti bersama keluarga atau teman rapat,” katanya.

Lazimnya mereka yang bercadang untuk menginap pada cuti hujung minggu atau musim perayaan, tempahan perlu dibuat sekurangku­rangnya tiga bulan lebih awal.

Ini kerana chalet sentiasa penuh, membuktika­n harga ditawarkan adalah berpatutan.

“Pengunjung tidak berkira soal harga, yang penting bagi mereka memperoleh ketenangan apabila berada di sini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? adalah nilai tambah Rawa Island Resort. Bilik dan chalet tidak dilengkapi televisyen untuk suasana privasi.
adalah nilai tambah Rawa Island Resort. Bilik dan chalet tidak dilengkapi televisyen untuk suasana privasi.
 ??  ?? Gelungsur air terjun ke laut
Gelungsur air terjun ke laut
 ??  ?? Tom Ong
Tom Ong
 ??  ?? Foto Adi Safri/bh
Foto Adi Safri/bh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia