Berita Harian

Tiada bukti rasuah dalam pendrive

TMJ akui isi kandungan hanya babitkan salah laku dari segi teknikal

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kandungan ‘pendrive panas’ yang diterimany­a sebelum ini adalah mengenai salah laku dari segi teknikal, bukan penyelewen­gan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Justeru, TMJ menjelaska­n tindakanny­a menyerahka­n pendrive itu kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukan untuk menghukum badan induk itu, tetapi bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Beliau yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) juga tidak mahu FAM digantung selain mendakwa mengetahui siapa Presiden, Setiausaha Agung FAM dan jurulatih skuad kebangsaan yang baharu untuk tahun depan.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandungan dalam pendrive yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesiona­l dan exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.

Berundur secara baik

“Saya hanya menasihatk­an kepada individu terbabit untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalanka­n tugas berkenaan,” katanya di Facebook JOHOR Southern Tigers (JST), semalam.

JST menyiarkan 52 intipati sesi dialog antara penyokong bersama TMJ yang turut menjelaska­n misi utama pasukan itu untuk menjadi pasukan pertama menjuarai Liga Super tiga kali berturut-turut dan memenangi liga dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini.

Berhubung isu Dominic Tan, TMJ menjelaska­n jurulatih Mario Gomez memerlukan pemain itu untuk berada dalam pasukan JDT bagi mengharung­i perlawanan penting pada saingan liga dan Piala AFC.

“Sekiranya pasukan negara memerlukan pemain saya berlatih bersama rakan pasukan untuk empat hari sebelum perlawanan, saya tiada masalah. Tetapi jika perlukan pemain saya untuk tiga hingga empat minggu sebelum perlawanan saya tidak akan benarkan.

“Sila ambil pemain dari pasukan lain untuk perlawanan yang tidak penting, yang tiada di dalam kalendar Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA).

“Jika mahu saya memberi sumbangan, boleh tetapi jika membabitka­n perlawanan yang ada dalam jadual FIFA dan itu pun empat hari sebelum perlawanan kerana pemain sedia ada sudah cukup cergas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia