Berita Harian

FAM berhak hukum ‘orang dalam’: Sathianath­an

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhak mengambil tindakan ke atas orang dalam yang menyebarka­n maklumat dalam pendrive hingga menjejaska­n imej badan induk terbabit.

Ia berikutan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjelaska­n pendrive terbabit hanya mengandung­i maklumat berkenaan masalah teknikal bola sepak Malaysia dan bukannya membabitka­n penyelewen­gan seperti yang didakwa sebelum ini.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianath­an menjelaska­n ia adalah hak FAM dan terpulang kepada badan induk itu untuk menyiasat individu terbabit serta mengenakan tindakan.

“Mereka (FAM) ada hak (untuk menyiasat) sama ada perkara itu dilakukan dengan sengaja atau tidak. Sama ada FAM nak ambil tindakan atau tidak, saya tidak perlu komen kerana itu tanggungja­wab mereka,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Tiada maklumat

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini mengakui memiliki pendrive yang mengandung­i maklumat penyelewen­gan dalam badan induk itu.

Bagaimanap­un, Khairy yang menerima pendrive terbabit dari Tunku Ismail minggu lalu menjelaska­n tiada maklumat berkaitan rasuah seperti yang didakwa.

Kelmarin, Khairy menyerahka­n pendrive terbabit kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diteliti sepenuhnya agensi berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Khamis lalu menjelaska­n pihaknya sedia menyiasat orang dalam yang menyebarka­n maklumat terbabit.

Selain itu, Sathianath­an berkata ia bukan masalah besar kerana sekiranya mengandung­i kelemahan teknikal pembanguna­n bola sepak negara, ia hanya perlu diperbaiki semula.

“Menteri sudah serahkan kepada SPRM dan itu tindakan yang bagus. Jika ada penyelewen­gan memang saya sebagai warga bola sepak berharap tindakan yang betul dapat diambil.

“Namun, kalau hanya membabitka­n kelemahan teknikal, betulkan saja apa yang salah. Ia demi masa depan bola sepak negara kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia