Berita Harian

Harimau Malaysia, Garuda seimbang

Indonesia turut lakukan perubahan, turun ramai pemain muda pada aksi persahabat­an, Selasa ini

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menegaskan betapa peluang seimbang dimiliki Harimau Malaysia dan Indonesia pada aksi persahabat­an kelas A di Stadium Manahan, Solo, Selasa ini.

Kim Swee menjelaska­n Indonesia juga berada dalam proses membentuk pasukan mantap selepas bebas dari penggantun­gan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) sebelum ini.

“Daripada senarai pemain Indonesia yang saya lihat, empat atau lima pemain saja yang pernah beraksi pada Piala AFF Suzuki dan selebihnya adalah pemain muda.

Seperti kita

“Saya fikir mereka juga seperti kita yang mana melakukan perubahan dengan membariska­n ramai pemain muda,” kata Kim Swee ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Mengulas mengenai pemain skuad Garuda yang beraksi di liga luar, Andik Vermansyah, Dedi Gusmawan dan Irfan Bachdim, Kim Swee berkata pasukannya tetap akan memberi fokus pada semua pemain dan tidak hanya terarah kepada tiga tonggak terbabit.

“Seperti saya katakan, mereka juga bermain perlawanan pertama selepas digantung dan ia baik untuk kedua-dua pasukan yang mana memberi gambaran berkenaan kekuatan dan kelemahan kita,” katanya.

Selain itu, Kim Swee turut mengakui betapa dia sudah mempunyai gambaran berkenaan barisan kesebelasa­n utama yang akan diturunkan pada perlawanan itu.

Bagaimanap­un, senarai itu hanya akan diumumkan selepas sesi latihan terakhir di Solo dan Kim Swee juga tampak lega dengan perkembang­an positif Brendan Gan dan Ahmad Hazwan Bakri yang sudah mula pulih daripada kecederaan.

“Beberapa pemain sudah saya cuba dari segi posisi dan sudah tentu saya ada gambaran (kesebelasa­n utama). Tapi terpulang kepada dua lagi latihan di Solo sebelum memutuskan siapa akan bermain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia