Berita Harian

Hafizul akui sukar bersaing

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kelana Jaya: Penjaga gol Perak, Muhamad Hafizul Hakim Khairul Nizam mengakui sukar untuknya bersaing dengan pemain lebih senior bagi merebut tempat dalam skuad utama Harimau Malaysia.

Sedar dengan pengalaman lebih luas dimiliki Khairul Fahmi Che Mat dan Khairul Azhan Khalid, Hafizul bagaimanap­un berjanji akan melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk tampil buat kali pertama bersama skuad kebangsaan.

“Saya terkejut selepas tersenarai dalam barisan pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan kali ini. Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk beraksi tapi kalau diberi peluang, saya akan cuba yang terbaik.

“Memang sukar saya nak bersaing dengan mereka (Khairul Fahmi dan Khairul Azhan). Apapun, berada di bawah mereka membolehka­n saya belajar banyak perkara,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Kali pertama

Selepas beraksi cemerlang bersama Perak musim ini, Hafizul dipanggil jurulatih Datuk Ong Kim Swee buat kali pertama untuk perlawanan persahabat­an menentang Indonesia di Stadium Manahan, Solo Selasa ini.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Indonesia, Hafizul menjangkak­an perlawanan sengit bakal ditampilka­n dengan kedua-dua pasukan dibarisi lebih ramai pemain muda.

Malah, Hafizul turut menyifatka­n peranan pemain senior termasuk kapten, Amri Yahyah dan Baddrol Bakhtiar bakal menjadi senjata utama dalam memacu Harimau Malaysia mencari kemenangan.

“Walaupun ramai pemain senior yang bersara, tapi kita masih ada beberapa pemain berpengala­man termasuk Amri dan Baddrol yang boleh memimpin barisan pemain muda,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia