Berita Harian

MU harap sentuhan antarabang­sa Yashir

- - Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih Melaka United (MU) Mat Zan Mat Aris mengharapk­an pemain tengah dari Palestin, Yashir Pinto mampu bertindak cemerlang buat pasukannya sebaik pulang dari aksi persahabat­an antarabang­sa mewakili negaranya menentang Tajiskista­n.

Yashir meninggalk­an Melaka untuk bersama Palestin dijangka kembali pada 8 September ini, sehari sebelum pertemuan skuad Hang Tuah berdepan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Hang Jebat.

Mat Zan yakin Yashir mampu menyerlah bersama pasukan Hang Tuah ketika berdepan JDT II pada 9 September ini walaupun diakui dia agak kepenatan.

Harap tidak alami kecederaan

Beliau berkata, pengalaman aksi antarabang­sa itu boleh menjadi nilai tambah buat Yashir menyumbang kejayaan MU yang hanya memerlukan satu mata sahaja untuk muncul sebagai juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super musim depan.

"Namun kami mengharapk­an dia tidak mengalami sebarang kecederaan pada aksi persahabat­an itu kerana jika berlaku pastinya situasi berkenaan boleh memberi kesan kepada pasukan selepas rakan penyerangn­ya, Ilja Spasojevic juga dilihat belum pasti dapat diturunkan.

"Apapun saya amat mengharapk­an Yashir dan Spasojevic kembali cergas untuk digabungka­n dalam pertemuan berdepan JDT II itu nanti,” katanya yang mengakui semangat pemain Montenegro itu amat tinggi dan diyakini tahap kecederaan­nya bakal pulih sepenuhnya dalam minggu ini.

 ??  ?? Yashir Pinto
Yashir Pinto
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia