Berita Harian

Cheng Hoe disenarai 10 pengurus terbaik ASEAN

Berada dalam kedudukan ketujuh dalam senarai atasi Irfan Bakti ke-14, Datuk Ong Kim Swee ke-15

- Oleh Izzali Ismail

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe disenarai sebagai 10 pengurus bola sepak terbaik ASEAN 2016 melalui laman web sukan fourfourtw­o.com.

Cheng Hoe berada dalam kedudukan ketujuh dalam senarai berkenaan mengatasi jurulatih skuad Singapura, V Sundramoor­thy yang berada pada kedudukan ke-11, Irfan Bakti dari FELDA United (14) dan jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee (15).

Cheng Hoe ketika dihubungi mengakui ia sebagai satu pengiktira­fan buat sukan bola sepak negara dan juga Kedah.

Justeru, beliau berazam untuk terus melakar kecemerlan­gan dan menabur bakti kepada sukan bola sepak khususnya kepada pasukan Kedah kerana misi beliau belum kesampaian.

Juarai Liga Perdana

"Saya mahu lebih memikirkan mengenai pasukan Kedah berbanding pencapaian diri sendiri, ...semua yang saya lakukan adalah atas niat yang ikhlas dan jujur demi kemajuan bola sepak negeri Kedah."

Cheng Hoe melakar pencapaian terbaik apabila membawa Kedah menjuarai kancah Liga Perdana pada tahun 2015 sekali gus kembali bersaing dalam Liga Super pada tahun ini selepas tiga tahun beraksi dalam divisyen dua itu.

Bekas pemain Kedah ketika skuad itu menjuarai Piala Malaysia pada 1990, juga pernah bersama skuad kebangsaan sebagai pembantu jurulatih sejak 2009 hingga 2013, selain menjadi pembantu kepada jurulatih Malaysia Datuk K Rajagobal sewaktu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010.

 ??  ??
 ??  ?? Cheng Hoe (kiri) melakar pencapaian terbaik membawa Kedah menjuarai Liga Perdana pada 2015.
Cheng Hoe (kiri) melakar pencapaian terbaik membawa Kedah menjuarai Liga Perdana pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia