Berita Harian

Atlet tersinggun­g boleh ambil tindakan mahkamah

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Kubu Bharu: Mana-mana atlet negara yang tersinggun­g dengan kenyataan penceramah bebas, Ridhuan Tee Abdullah yang mendakwa mereka tidak bersifat patriotik sebaliknya lebih mementingk­an ganjaran ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016 boleh mengambil tindakan mahkamah.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, kenyataan Ridhuan Tee yang berbaur negatif itu tidak boleh dibiarkan kerana atlet sudah berkorban sepenuhnya untuk negara.

Fikiran negatif

“Kalau ada atlet tersinggun­g dengan kenyataan Ridhuan Tee mereka boleh ambil tindakan mahkamah. Saya rasa dia tidak sepatutnya sewenangwe­nang bercakap soal semangat atlet. Seeloknya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian atlet kita di pentas dunia.

“Secara peribadi saya tak puas hati kalau ada fikiran negatif sebegini kerana atlet sudah memberikan sepenuh pengorbana­n dalam hidup mereka untuk membawa nama negara,” katanya pada Larian Sambutan Merdeka 2016 ‘21KM Road Relay’, semalam.

Menerusi laporan sebuah portal kelmarin, Pemuda MCA membuat laporan polis berhubung kenyataan kontrovers­i ahli akademik itu yang mendakwa atlet Olimpik berbangsa Cina tidak patriotik dan hanya bersaing untuk kepentinga­n wang.

Isu itu turut mendapat perhatian Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon dan beberapa ahli sayap parti itu yang lain apabila membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jumaat lalu.

Untuk rekod, Ridhuan Tee menerusi kolumnya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan pada Isnin lalu berkata, bidang sukan kini bagaikan perniagaan dan landasan untuk popular, bukan lagi melambangk­an patriotism­e.

Beliau menulis, atlet ‘ultrakiasu’ bersaing untuk mendapat habuan bukannya kerana semangat patriotik dan lebih menumpukan acara individu berbanding berpasukan.

 ?? [ FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN / BH ] ?? Mohd Nazifuddin (kanan) menyempurn­akan Flag Off Larian Sambutan Merdeka 2016 ‘21KM Road Relay’, semalam.
[ FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN / BH ] Mohd Nazifuddin (kanan) menyempurn­akan Flag Off Larian Sambutan Merdeka 2016 ‘21KM Road Relay’, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia