Berita Harian

Liu Ying teruja bertemu 300 peminat

-

Melaka: Pemenang pingat perak badminton beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying teruja bertemu lebih 300 peminat setianya pada satu majlis bersamanya di Bandar Hilir, semalam.

Lebih membanggak­an, pemain badminton berusia 27 tahun itu turut menerima pelbagai jenis hadiah, termasuk jambangan bunga, pakaian, cenderahat­i dan barangan milik peribadi daripada peminatnya sebagai tanda penghargaa­n.

Majlis itu turut disertai peminat daripada Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Kolej Stamford, Universiti Multimedia Melaka (MMU) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Yang turut hadir, Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali dan ibu bapa Liu Ying.

Kebanggaan negara

Ridhwan ketika ditemui berkata, program dianjurkan bertujuan mendedahka­n kejayaan pemain negara itu, sekali gus membakar semangat anak muda untuk berjaya tidak kira dalam apa juga bidang diceburi.

"Kecemerlan­gan Liu Ying menjadi kebanggaan negara dan amat wajar dia menjadi contoh kepada generasi berbilang kaum, sekali gus mampu membentuk lebih ramai atlet bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Liu Ying berkata, sokongan daripada semua pihak terhadap dirinya membakar semangatny­a untuk lebih berjaya dalam sukan berkenaan, terutama dalam misi meraih kejayaan lebih besar.

BH Sukan semalam melaporkan kerajaan Melaka menawarkan sebidang lot tanah dengan bayaran premium kepada pemain badminton itu kerana kejayaanny­a meraih pingat perak bersama gandingann­ya Chan Peng Soon di Rio, dua minggu lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia