Berita Harian

Pandelela dapat kondominiu­m

Pusat Akuatik Petra Jaya turut ditukar nama kepada Pusat Akuatik Pandelela Rinong sebagai menghargai kejayaanny­a

- Oleh Rudi Affendi Khalik

Kerajaan Sarawak menyumbang­kan insentif berjumlah RM500,000 kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong kerana kejayaanny­a meraih pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform wanita bersama pasanganny­a, Cheong Jun Hoong pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Pandelela turut menerima `durian runtuh' apabila syarikat pemaju perumahan, Tenaga Stabil Sdn Bhd menghadiah­kannya sebuah kondominiu­m berharga RM750,000 dan sebuah syarikat swasta, Techninier Sdn Bhd memberi insentif RM100,000.

Bersyukur dihargai

Jumlah itu tidak termasuk imbuhan RM350,000 daripada Kerajaan Persekutua­n, kereta Suprima S 1.6L Turbo Premium bernilai RM79,900 yang dihadiahka­n DRB-HICOM Bhd (DRBHICOM) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Proton Holdings Bhd (PROTON).

Sofa Urut Udiva Klasik berharga RM7,988 daripada OSIM (M) Sdn Bhd dan penerbanga­n percuma ke semua destinasi selama 5 tahun oleh Air Asia, menjadikan keseluruha­n insentif yang diterimany­a mencecah hampir RM2 juta.

Insentif dan hadiah kondominiu­m itu disampaika­n Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada Majlis Sepetang Bersama Pandelela Rinong di Dewan Suarah Kuching, di sini, semalam.

Pandelela, 23, ketika ditemui berkata dia bersyukur dengan penghargaa­n diterima, malah tidak pernah menyangka menerima `durian runtuh' berkenaan.

"Ini hadiah terbaik pernah saya terima sepanjang hayat, malah ingin saya kongsikann­ya bersama ibu bapa dan adik beradik saya yang banyak berkorban dalam mendokong karier saya sebagai atlet terjun negara," katanya.

Terdahulu, atas persetujua­n Adenan dan Kabinet Sarawak, Uggah turut mengumumka­n Pusat Akuatik Petra Jaya yang dibina sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 Sarawak ditukar namanya kepada Pusat Akuatik Pandelela Rinong sebagai menghargai kecemerlan­gan atlet berkenaan.

 ??  ?? Pandelela (dua dari kanan) menerima replika kunci daripada Douglas di Dewan Suarah Kuching, semalam.
Pandelela (dua dari kanan) menerima replika kunci daripada Douglas di Dewan Suarah Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia