Berita Harian

Memang macam ‘belut’

Atlet duathlon dan triathlon negara, Muhammad Syafiq azam julang nama UPNM, Malaysia di pentas dunia

- Oleh Haika Khazi

Kesibukan menjalani latihan ketenteraa­n dan melanjutka­n pelajaran bukan penghalang kepada pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Muhammad Syafiq Rusli, aktif dengan kegiatan sukan ekstrem seperti duathlon dan triathlon.

Pelajar tahun dua, Pengurusan Sumber Manusia UPNM, yang lebih mesra dengan gelaran ‘Belut’ di kalangan rakannya mula meminati sukan lasak yang memerlukan peserta berlari dan berbasikal itu selepas mendaftar sebagai ahli Kelab Sukan Lasak UPNM, kira-kira dua tahun lalu.

Pelatih Akademi Latihan Ketenteraa­n (ALK) UPNM, berasal dari Pahang itu, hanya menyertai sukan marathon atau larian jarak jauh secara suka-suka, sebelum mencuba sukan berbasikal, berenang dan seterusnya terbabit secara serius dengan acara duathlon, mulai 2013.

Sertai lebih 20 kejohanan

Bermula dari situ, Syafiq kemudianny­a mula menyertai lebih 20 kejohanan marathon dan duathlon di seluruh negara termasuk Port Dickson Internatio­nal Duathlon 2015; Putrajaya Lake and Wetland Explorace Internatio­nal; Kejohanan Siri Dunia Powerman Asia 2016 dan Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2014.

Lebih membanggak­an, kejayaan meraih tempat ketiga Powerman World Classic kategori 18 hingga 24 tahun, di Putrajaya Mac lalu, melayakkan­nya mewakili Malaysia ke Kejohanan Dunia ITU Powerman Duathlon 2016 di Zofingen, Switzerlan­d (yang berakhir hari ini) dengan perbelanja­an sendiri.

Berikutan itu, Belut akan bangun seawal jam 5.30 pagi setiap hari untuk solat Subuh, sebelum bersenam, mengayuh basikal atau berlari selama lebih sejam di sekitar UPNM dan Kem Sungai Besi Perdana di sini, seterusnya bersiap-siap untuk ke kelas.

Pilih waktu Subuh, Asar

“Saya akan sentiasa memastikan rutin latihan tidak mengganggu tugas dan tanggung jawab hakiki selaku seorang pelajar UPNM dan pegawai kadet tentera.

“Sebab itulah, saya memilih waktu selepas Subuh dan Asar untuk berlari dan berbasikal berpuluh kilometer sehari bagi meningkatk­an tahap kecergasan ke tahap optimum,” katanya.

Ketika ditemui selepas menjalani latihan di sekitar UPNM Kem Tentera Sungai Besi di sini, Belut mengakui tidak malu untuk mendapat nasihat dan panduan peserta yang lebih senior.

Ia termasukla­h ‘Ironman’ Malaysia Sharom Abdullah dan Mohamad Allie Helmy bagi memantapka­n larian dan kayuhan.

Bagaimanap­un, atlet ini kini menghadapi kesukaran mendapatka­n penajaan dan dana untuk perbelanja­an menyertai kejohanan.

Perlu RM14,300

“Saya bersyukur kerana Kelab Sukan Lasak UPNM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan universiti sanggup menghulurk­an bantuan kewangan, namun ia tidak mencukupi kerana saya memerlukan sekurang-kurangnya RM14,300 untuk ke Switzerlan­d.

“Ibu bapa saya berusaha mendapatka­n wang untuk membeli tiket penerbanga­n pergi balik ke Switzerlan­d untuk memberi sokongan moral di sana,” katanya.

Komandan ALK, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Adkaa Solahuddin (TUDM), turut berbangga dengan pencapaian Syafiq kerana mampu menyertai banyak kejohanan duathlon walaupun sibuk dengan latihan dan pengajian.

Mohamad Adkaa juga memberi jaminan UPNM dan ATM akan menghulurk­an bantuan.

“Saya berharap Syafiq akan berjaya seterusnya menjadi contoh dan ikon kepada pelajar UPNM.

“Kejayaan itu nanti bakal membuka mata penaja untuk menyertai lebih banyak kejohanan antarabang­sa selepas ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia