Berita Harian

Sultan Pahang bantu pujuk bapa Jamal Nasir

-

Kuantan: Bekas pemain pertahanan, skuad Olimpik Moscow 1980, Datuk Jamal Nasir Ismail, 62, hampir bersara awal daripada sukan tanah air kerana diharamkan atau ‘diberikan kad merah’ oleh bapanya, Ismail Mahmud daripada bermain bola sepak ketika berusia 15 tahun.

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu menegaskan bapanya berang dengan tindakan Majlis Sukan Sekolahsek­olah Negeri (MSSN) Kelantan yang tidak mengambil berat nasib dirinya yang patah tangan ketika perlawanan menentang Pahang, pada 1970.

Bapanya membuat keputusan mengejut dengan mengharamk­an Jamal bermain bola sepak walaupun sudah beransur pulih dan berpindah ke Pahang pada 1971, bahkan ditawarkan untuk mewakili skuad Tok Gajah.

Bagaimanap­un, Jamal Nasir bernasib baik kerana Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan bapanya mengadap bagi ‘meminta’ beliau kembali menyarung jersi Pahang.

“Baginda memberi jaminan akan menanggung segala kos rawatan dan akan memastikan bakat yang saya tidak dipersiasi­akan sehingga saya dipilih sebagai pemain utama dalam Pahang dan skuad Malaysia B ketika berusia 16 tahun.

SETIA BERSAMA PAHANG

“Sebab itulah saya memang terhutang budi dengan Sultan Ahmad Shah. Itulah punca saya membuat keputusan untuk tidak berhijrah sehingga bersara walaupun mendapat tawaran termasuk pasukan Selangor,” katanya.

Beliau yang pernah memakai lilitan kapten skuad Malaysia B ketika Kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1981 turut membantu Pahang muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali pada 1983, selepas berjaya menundukka­n Selangor 32 di perlawanan akhir.

Bekas jurulatih Pahang itu juga meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat prestasi skuad Harimau Malaysia yang kini menduduki ranking ke167 terbaik dunia kerana kebanyakan pemain kebangsaan kurang berfikir ketika beraksi di padang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia