Berita Harian

Tiada jalan pintas untuk berjaya

-

Salam merdeka. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada yang menjayakan sambutan Kemerdekaa­n Negara ke-59 termasuk jaguh Olimpik negara yang turut berarak di Dataran Merdeka.

Satu perkara menarik perhatian penulis sempena bulan kemerdekaa­n ini ialah apabila Datuk Lee Chong Wei mengatakan betapa sukan adalah antara unsur penyatuan rakyat. Tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan - semuanya mempunyai matlamat sama iaitu sentiasa menyokong atlet Malaysia di pentas dunia.

Lihatlah bagaimana seluruh negara dilanda ‘demam Olimpik’ apabila wakil negara beraksi di pentas akhir dalam lima acara di Rio - badminton, terjun dan basikal. Semua rakyat berdoa dan mengimpika­n perkara sama iaitu meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Sekalipun impian itu belum menjadi kenyataan, kejayaan meraih empat perak dan satu gangsa sudah cukup membanggak­an dan diharapkan kejayaan menambah pungutan pingat ini terus meningkat di Olimpik Tokyo 2020.

Penanda aras

Masih berbaki empat tahun menjelang saingan di Jepun dan kita kena akur, kejayaan lima pingat di Brazil adalah penanda asas untuk Olimpik seterusnya.

Di London 2012, hanya satu perak (Chong Wei) dan satu gangsa (Pandelela Rinong) dibawa pulang tetapi untuk kali ini, Chong Wei serta Goh V Shem - Tan Wee Kiong; Chan Peng Soon-goh Liu Ying dan Pandelela - Cheong Jun Hoong menyumbang pingat perak. Azizulhasn­i Awang meraih gangsa selepas memecah tradisi acara basikal trek.

Penulis juga tertarik dengan imbuhan yang diraih pemenang pingat. Mengikut perkiraan awal, pemenang pingat perak akan menerima imbuhan SHAKAM sebanyak RM300,000 serta pencen (SITO) RM3,000 sebulan dan penerima gangsa menerima SHAKAM sebanyak RM100,000 serta SITO RM2,000 sebulan.

Tetapi, jumlah imbuhan secara keseluruha­n meningkat berkali ganda. Chong Wei menerima RM3.3 juta diikuti V ShemWee Kiong (RM3 juta); Peng Soon-liu Ying (RM1.3 juta); Pandelela - Jun Hoong (RM676,000) dan Azizulhasn­i (RM469,000). Ia termasukla­h insentif tambahan kerajaan pusat serta sumbangan badan swasta.

Bayangkan, jika ada antara mereka yang membawa pulang pingat emas untuk negara. Ganjaran RM1 juta dan pencen RM5,000 sebulan sudah dalam genggaman, belum dikira lagi pendapatan sampingan.

Sebab itulah, penulis cukup bersetuju dengan prinsip, buatlah kerja dengan bersungguh­sungguh, ikhlas menunaikan tanggungja­wab. Jangan terlalu fikirkan soal bonus atau ganjaran sebelum berjaya.

Ganjaran akan tiba kemudian selepas bersinarny­a gemilang kejayaan. Tak perlu dicari, bahkan akan datang bergolek, sama seperti yang dinikmati atlet Olimpik hari ini. Mentaliti seperti ini perlu kekal dalam diri seorang atlet, begitu juga dalam kehidupan seharian. Untuk berjaya, tidak pernah ada jalan jalan pintas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia