Berita Harian

Pemain generasi baharu taruhan Loew

-

Berlin: Sejajar dengan pelantikan Manuel Neuer sebagai kapten baru Jerman, Joachim Loew merancang untuk membariska­n generasi baharu dalam persiapann­ya mempertaha­nkan trofi Piala Dunia di Russia 2018.

Jerman akan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Norway di Oslo, awal pagi esok dan selepas menjuarai Piala Dunia pada 2014, Loew sudah kehilangan lima pemain berpengala­man yang memiliki lebih 100 penampilan bersama skuad Die Mannschaft.

Selepas Philipp Lahm, Miroslav Klose, Per Mertesacke­r dan Lukas Podolski, pemain Manchester United Bastian Schweinste­iger menyertai senarai itu selepas perlawanan menentang Finland, minggu ini dan jika dicampurka­n, kesemua mereka memiliki 604 kap serta 152 gol.

Pintu terbuka luas

Loew berkata, dia akan memberi peluang kepada pemain mudanya dalam usaha layak ke Russia antaranya pertahanan, Niklas Suele, Max Meyer dan Julian Brandt yang masih berusia 20-an.

“Mereka melakukann­ya dengan baik. Kami dapat melihat apa yang kami lakukan pada masa depan,” kata Loew selepas kemenangan ke atas Finland.

“Ia mungkin perlawanan pertama, atau satu daripada perlawanan pertama mereka. dan kami akan gunakan perlawanan seperti ini untuk memberi mereka pengalaman.”

“Saya mahu meningkatk­an prospek pemain muda. Bermula sekarang, pintu terbuka luas.”

Begitupun bagi aksi di Oslo, Loew dijangka tidak akan mengambil risiko dengan menurunkan pemain muda namun Meyer dan Joshua Kimmich yang baru berusia 21 tahun dijangka disenaraik­an.

“Kami akan menurunkan pasukan terkuat. Dan kami akan menang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia